Margins
Margins
Sign in
Margins
Subscribe to our newsletter
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
📚 2023 Reads
📚
2023 Reads
Biar Sembuh Luka Semalam
2022
Aidil Ghazali
“Setiap orang ada sebab masing-masing. Seteruk mana pun kesalahan yang dibuat, semua orang berhak diberi peluang kedua." Satu keputusan yang dibuat oleh Nita mengakibatkan ayahnya lumpuh seumur hidup. Sejak itu, Nita enggan memutuskan apa-apa. Urusan bisnes Bakeri Jalan Tiung bulat-bulat diserahkan kepada pembantu, walaupun dialah pemilik bakeri. Sekecil-kecil urusan pun membuatkan Nita teragak-agak. Nita, gadis lincah dan pemberani langsung berubah penakut. Tanpa sedar, sikapnya mengundang satu per satu masalah. Bakeri makin merugi. Pekerja pula membuat onar. Lebih membingungkan apabila sebuah bakeri baharu yang gah muncul sebagai pesaing. Ketika semakin buntu, Haris, seorang cef pastri dari Perancis cuba menawarkan bantuan. Kemunculannya memberi sinar harapan kepada Bakeri Jalan Tiung. Namun tidak pada Nita, kerana kepulangan Haris hanyalah menoreh luka lama. Semakin dia cuba menghindar, semakin itulah dia harus memutuskan. Sehinggalah dia tersedar bahawa kesilapan bukan untuk ditakuti, tetapi didepani dengan berani.
Pelukis Jalanan
2016
Teme Abdullah
"Jika diberi peluang berpatah balik masa, perbetulkan semuanya, mengelak kegagalan berlaku, dan hidup dengan selesa, aku akan memilih untuk tidak lakukannya. Kerana pengalaman inilah anugerah bernilai Allah kepada aku.” \[Teme Abdullah\]
Arkitek Jalanan
2017
Teme Abdullah
To be honest, aku dah bosan dah dengar orang cakap ' belajarlah kerana Allah' setiap kali aku mengadu down, setiap kali aku mengeluh nak give up... Aku diam sajalah, acah-acah makan dalam. Yalah, orang picisan macam aku ni mana layak membantah ayat-ayat daripada budak-budak usrah. Tapi sebenarnya kan... Aku tak pernah faham pun maksud 'belajar kerana Allah' tu.
Mendakap Kesedihan dengan Al-Quran
2021
Imran Zaki
‘Sabarlah, jangan menangis.’ Kita sering ungkapkan kata-kata ini kepada diri yang sedang bersedih. La tahzan, kata kita. Seakan-akan tangisan itu sesuatu yang negatif dan salah. Benarkah kita dilarang untuk berasa sedih? Andai kita rasa terbuang; Yusuf AS juga begitu. Andai kita pernah melalui konflik berkeluarga; Yaakub AS juga begitu. Andai kita pernah dikhianati teman; Lut AS juga begitu. Kita menangis; Yaakub AS juga menangis, sehingga buta matanya. Kita rasa hidup tidak lagi bermakna; Maryam AS juga pernah rasa begitu, sehingga terlahir kata-kata penyesalan dari bibirnya. Sebenarnya, apakah respons al-Quran terhadap kesedihan yang kita bahkan para nabi rasai? Imran Zaki menerusi buku ini membawakan perspektif al-Quran yang mendakap diri kita saat dirundung kesedihan. Al-Quran menganjurkan tata cara mengurusnya, serta membimbing tangan kita untuk move on dan melangkah ke hadapan.
Gadis Dalam Tren
2021
Ayumi Syafiqah
Dikurniakan anugerah eidetic memory, Airish sudah hafal setiap wajah yang ditemui setiap hari dalam tren. Tetapi apabila ada satu wajah asing yang muncul tiba-tiba dalam hidup Airish, hari-harinya yang tenang menjadi kucar-kacir. Gadis misteri dalam tren. Siapa dia? Renungannya seperti merayu pertolongan. Mungkin tidak secara lisan, tetapi Airish tahu dia terpaksa lakukan sesuatu. Halangannya cuma satu. Bagaimana caranya untuk Airish hulurkan tangan jika tiada sesiapa yang pernah nampak gadis itu selain dia? Airish terperangkap antara realiti dan fantasi. Benarkah pertemuannya dengan gadis itu hanya sekadar halusinasi? Airish harus bertindak sebelum semuanya terlambat.
Rooftop
2016
Farrah Izzlorna
Apa yang akan berlaku jika tiba-tiba muncul seorang lelaki yang hanya anda seorang saja boleh melihat dan mendengar? Aya, gadis yang suka menyendiri. Jadual hidupnya ke kelas dan balik rumah. Namun ketenangan itu menjadi huru-hara apabila seorang lelaki menjelma dan ingin berdamping dengannya. Siapa dia ni? Kenapa dia pilih aku? Nenek moyang aku membela ke? K, lelaki sarkastik yang suka mencampuri urusan hidup Aya menyebabkan gadis itu kerap hilang sabar. Puas Aya halau, tetapi K tetap setia di sisi. Akhirnya, mereka bersahabat. Namun ada sesuatu yang pelik tentang K yang membuatkan Aya nekad mahu mencari jawapannya. Siapa K, pendamping dia selama ni? Kenapa dalam gembira K, terselit duka? “Aya, kebaikan juga boleh membunuh.”
Penulis Jalanan
2023
Teme Abdullah
“Kalau aku jadi penulis, tak ke mana. Aku tak boleh sumbang apa-apa.” Akibat kekecewaan, Iskandar terus melupakan impiannya untuk menulis, hanya menumpukan perhatiannya terhadap pengajian dalam bidang seni bina. Setelah berjaya menjadi arkitek di luar negara, Iskandar mengambil keputusan besar untuk pulang ke negara kelahirannya demi kecintaan kepada tanah air. Namun, perjalanan baru Iskandar tidak semudah yang disangka. Dia harus bermula semula dari kosong. Tidak mengaku kalah, Iskandar cuba mencari jalan. Namun, satu demi satu ujian muncul hingga terpaksa berhutang besar. Hidup Iskandar semakin tersepit. “Ikiy .... Kalau kita asyik rasa kita mangsa keadaan, dan kalau kita asyik persoalkan kenapa semua jadi, kita akan zalimi diri kita sendiri." Ini kisah Iskandar, mencuba berjalan semula, dan menyuburkan kembali impiannya.