Margins
2021
First Published
3.00
Average Rating
425
Number of Pages

Nahar, seorang wartawan telah menerima sekeping nota dan sekeping cakera padet daripada seorang anak muda yang tidak pernah dikenali. Nota itu menyatakan, seorang anak muda bernama Adrian didapati mati akibat terjun dari pangasapurinya. Namun terdapat kemusykilan tentang kematian tersebut. Nahar diminta menonton sejumlah rakaman untuk mengetahui akan teori si penulis. Setelah menonton rakaman demi rakaman, nahar mulai berminat untuk menyelidik sebab kematian Adrian. Jelas semuanya bermula dengan elok sehingga pada suatu malam Adrian secara tidak sengaja telah mendail salah satu nombor yang dianggap berpuaka. Sejak malam itu Adrian mulai diganggu dengan pelbagai peristiwa aneh dan menakutkan. Keadaan itu berlarutan sehingga menjadikan Adrian semakain tertekan dari hari ke hari. Ada sosok aneh meminta agar Adrian memainkan permainan hide and seek. Adrian perlu lari dan menyembunikan diri daripada ditemui jika ingin terus bernyawa. Keengganan Adrian bermain tidak bermakna apabila dia sebenarnya sudah pun terlibat dalam permainan ini dan mendapati dirinya tidak lagi boleh melarikan diri........

Avg Rating
3.00
Number of Ratings
25
5 STARS
8%
4 STARS
40%
3 STARS
16%
2 STARS
16%
1 STARS
20%
goodreads

Author

Zaifu Zaman Ahmad
Author · 36 books
Anak kelahiran Muar, Johor ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Panglima Adnan, Port Dickson sebelum meneruskan pengajiannya di Sekolah Menengah Sri Rusa, Port Dickson dan Sekolah Menengah Tengku Mahkota, Muar, Johor. Minatnya dalam penulisan kreatif bermula sejak di bangku sekolah lagi. Pada mulanya, dia menulis hanya untuk main-main sahaja tetapi apabila mendapat galakan dari ibu bapa dan kawan-kawan, barulah beliau berani menghantar karya-karya ke syarikat-syarikat untuk diterbitkan. Beliau telah melibatkan diri dalam bidang penulisan novel bermula pada tahun 1994.
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved