Margins
Margins
Sign in
Margins
Subscribe to our newsletter
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
5 Kisah ...
5 Kisah ...
Series · 6 books · 2016-2018
By
Olvidado Shakur
,
Haryani Kamilan
,
Hazira Hanapi
Books in series
#1
5 Kisah Seram Di Perkhemahan
2016
Kalau kau main tengok tajuk dan terus buat andaian yang buku ini adalah satu lagi buku klise, KAU SILAP! Mana kau nak cari hantu yang buat mangsanya takut sampai nak terkencing dalam seluar dengan hanya melakukan selfie? Apa pula kaitannya hantu dengan projek gelap pertubuhan bukan kerajaan? Kenapa hantu seperti pontianak jadi bahan kajian saintis? Kau tak baca buku ni, memang kau tak tahu jawapannya. Setiap 5 kisah di dalam buku ini diakhiri dengan cara yang paling kau tak sangka. Buat kau rasa seperti naik roller coaster sambil main teka-teki dengan orang sebelah kau. Tak dapat bayangkan? Begitulah hebatnya buku ini. Terdapat beberapa pengajaran yang boleh kau jadikan sempadan di dalam buku ini. Penulis buku ini tidak mahu kau mendapatkan hiburan yang sia-sia. Kau nampak tak betapa berfaedahnya buku ini Kalau baca di sekolah pun mesti cikgu tak jadi rampas. Tapi kalau kau baca masa cikgu tengah mengajar, itu namanya baca atas risiko sendiri.
#2
5 Kisah Seram Di Perpustakaan
2016
Selain dari nampak bermacam jenis hantu di dalam perpustakaan, apa lagi kisah seram yang boleh terjadi? Buku ini boleh menjawab persoalan itu dengan baik. Yang mana kalau kau baca buku ni... kau akan mendapat pengalaman naik roller coaster sambil berbalas pantun dengan cikgu bahasa melayu kau. Sesuatu yang baru, bukan? Begitulah dengan 5 kisah seram yang ada di dalam buku ini! Setiap kisah di dalam buku ini mempunyai penutup yang tidak kau boleh agak. Ia akan kekal menjadi misteri selagi kau tak baca habis. Kisah-kisah dalam buku ini juga bermain dengan perasaan takut dan ingin tahu pada tahap maksimum. Persoalan seperti apa kaitan hantu dengan sebuah mesin fotostat dan mangga kunci pintu? Apa hubungan pekerja di perpustakaan awam dengan kes kehilangan beberapa orang remaja? Mengapa buku kosong yang ada diperpustakaan awam membunuh sesiapa saja yang meminjamnya? Kalau kau tak beli dan baca buku ini, semua persoalan di atas akan kekal menjadi misteri yang menghantui hidup kau. Tapi di sebalik semua itu, terdapat pengajaran-pengajaran yang akan kau perolehi dari buku ini. Menjadikan buku ini bahan hiburan yang memberi manfaat. Pengawas sekolah pun rasa serba salah nak lapor pada cikgu kalau kau bawa buku ini ke sekolah.
#3
5 Kisah Seram Di Asrama
2016
Kalau asrama tak ada cerita hantu, memang bukan asramalah namanya. Sedangkan asrama tahfiz pun ada kisah seramnya yang tersendiri. Ini kerana asrama adalah antara 10 tempat yang paling popular dengan cerita hantu dan seram. Yang ada cerita cinta tu bukan asrama, dik! Itu asmara namanya. Jadi mohon jangan tersilap di situ. Penulis buku ini cuba untuk menyampaikan 5 kisah seram di asrama dengan cara yang tidak klise... yang mana setiap cerita akan berakhir dengan cara yang kau susah nak agak. Setiap kisah dipilih dan diolah dengan bersungguh-sungguh oleh penulis, supaya kau tak rasa rugi beli buku ini. Di dalam buku ini kau akan melihat dengan jelas, bagaimana hantu zaman sekarang sudah semakin kreatif nak menyakat manusia sampai pengsan atau terkencing dalam seluar. Hantu-hantu di dalam buku ini mahir dalam menggunakan barang-barang popular di kalangan pelajar asrama. Namun selain dari semua kisah seram, terdapat juga pengajaran yang kau boleh ambil buat pedoman hidup. Jadi kalau kau nak tahu cerita-cerita baru tentang betapa seramnya tempat yang dipanggil asrama, pecahkan duit tabung dan beli buku ini sekarang!
#4
5 Kisah Mistik Dan Misteri
2016
Bila bercakap tentang kisah misteri dan mistik, apa yang terlintas dalam fikiran kau? Tolong jangan cakap karipap dan maggi cap itik. Kalau kau google dua perkataan tadi, mesti ada banyak artikel yang keluar. Ada resepi, ada yang pelik dan ada juga yang buang masa saja membacanya. Tapi 5 kisah misteri dan mistik dalam buku ini bakal memberikan kau pengalaman yang baru. Kira macam kau naik roller coaster sambil makan karipap dan hirup maggi panas-panas. Pelik dan mengelirukan? Begitulah dengan kisah-kisah yang ada dalam buku ini. Tangkal boleh halang aktiviti pembulian budak-budak sekolah? Susuk boleh beri populariti? Huh... memang kepercayaan mistik zaman moden! Kau beli dan baca buku ni kalau kau nak tahu jawapannya. Semua cerita di dalam buku ini telah ditapis dan bebas dari babak-babak lucah atau sewaktu dengannya. Malah di dalam buku ini terdapat pengajaran yang diharap kau boleh terima dengan baik dan positif. Kalau kau nak rasa ada makhluk mistik yang memerhati waktu baca cerita, beli buku ini!
#5
5 Kisah Cinta Psiko
2017
Pernah kenal manusia psiko? Yang kau lihat dia normal macam orang lain, tapi kau tak tahu di sebalik manis kata-katanya, rupa-rupanya dia adalah pembunuh! Lebih menggerunkan apabila kau cuma kenal dia melalui alam siber, sedangkan dia sebenarnya dah lama perhatikan kau dan menunggu peluang menjadikan kau mangsa seterusnya. Hah, seram tak? Itulah yang penulis nak sampaikan dalam buku ni, kadang-kadang orang yang kau percaya itu yang akan buat aniaya. Apabila sudah terkena, menyesal pun tak berguna. Sekurang-kurangnya buku ini dapat mengingatkan kau supaya berhati-hati dengan jenayah siber. Sebab sasaran mereka tidak mengenal usia dan bangsa.
#6
5 Kisah Keji Jenayah Siber
2018
Sehari tanpa gadjet, bagaikan nafas tanpa udara. Dunia maya yang disangka indah sebenarnya penuh pancaroba. Siapa sangka sang Instafamous yang dipuja-puja, bergaya cuma untuk mengaburi mata? Manusia yang disangka sosok suci pula terus-terusan mendapat perhatian. Malahan dapat juga beribu-ribu sumbangan. Tatkala si gadis mahu meraih cinta, rupa-rupanya terjebak dalam jerat percintaan yang menakutkan. Canda gurauan sesama rakan, mungkin juga bakal berakhir dengan saman. Ada juga si dara mungkin semakin fobia, apabila duit berhabis pada krim kecantikan yang menoreh muka!
Authors
Olvidado Shakur
Author · 6 books
Haryani Kamilan
Author · 13 books
Hazira Hanapi
Author · 8 books