
Dato’ Dr. Hj. Abdul Basit Hj. Abdul Rahman, atau lebih dikenali sebagai Abu Anas Madani, dilahirkan di Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan. Sejarah pendidikannya bermula di Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian Kuala Krai, Kelantan. Kemudian beliau, memperoleh BA (Syariah) MA (syariah) dan PhD (syariah) dari Universiti Islam Madinah. Beliau merupakan pelajar Malaysia yang ke-3 berjaya memperoleh PhD dari Universiti Islam Madinah. Kini, beliau merupakan seorang pendakwah dan penceramah bebas, Musyif (Penyelia) Pondok Sungai Durian, pensyarah di Jabatan Syariah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Kota Baharu, Kelantan dan juga ahli panel Majlis Perundingan Islam (MPI) Malaysia (2016-2018). Pelbagai buku beliau boleh didapati di http://www.dartaibah.com/.