
Mengisahkan Violet Hazel, gadis yang menjadi mangsa dera ayah tirinya. Hanya kerana dia cuba melindungi ibunya daripada dipukul, Violet pula yang dijadikan punching bag gantian. Violet seorang gadis yang pemalu, lemah lembut dan pendiam. Dia gadis yang baik tingkah lakunya tetapi anehnya dia menyukai Ace Hunter, si bad boy. Ace Hunter, lelaki yang menjadi pujaan ramai di kolej. Semua lelaki mahu menjadi dia, semua perempuan berebut mahukan dia. Hunter terkenal dengan sikap bad boy dengan rupanya yang tampan. Aura misteri dan bad boy yang ada pada dia membuatkan ramai gadis tergilakan dia termasuk Violet. "Siapa yang pukul kau?" - ACE HUNTER "Sa... saya tak faham apa yang awak maksudkan." - VIOLET HAZEL Hunter tahu Violet didera, sejak itu hubungan mereka menjadi lebih rapat. Layanan Hunter terhadap Violet terlihat istimewa membuatkan gadis itu rasa Hunter menganggapnya istimewa. Di saat impian Violet untuk bersama Hunter tercapai, datang ribut taufan melanda hubungan mereka. "Kau curang, Hunter! Once a cheater, will always be a cheater!" - VIOLET HAZEL "Maafkan aku. Please, come back to me." - ACE HUNTER Selepas dihancurkan berulang kali, adakah Violet akan menerima cinta pertamanya itu? Apakah kesudahan kisch mereka?