
Profesor Dr. Ahmad Zaki bin Abu Bakar adalah Profesor Kanan Jabatan Sistem Maklumat Fakulti Sains Komputer & Sistem Maklumat di Uniersiti Teknologi Malaysia (UTM), beliau dilahirkan pada Subuh 29 Mei, 1956. Anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini adalah lulusan Diploma Kejuruteraan, UTM (1974), B.Sc (Essex, UK), M.Eng (Calif., USA) 1984, dan Ph.D (UTM) 1989. Selain pengalaman luas dalam bidang akademik, kepakaran teknikal, penyelidikan dan kepimpinan universiti, beliau turut aktif dalam dunia penulisan kreatif dan bahasa. Prof. Zaki pernah mengendalikan ruangan komputer surat khabar Utusan Malaysia antara tahun 1987 - 1991 dengan nama pena Tuk Pepijat. Beliau juga diiktiraf sebagai penulis novel siber berbahasa Melayu yang pertama, novel keduanya Wira Persona Avatari menang tempat kedua anugerah novel remaja Hadiah Sastera Utusan Melayu - Public Bank 1999. Puisi Cyberfriendship nukilan Prof. Zaki (2001) tersenarai sebagai antara 33 puisi siber terbaik dunia.