Margins
Aku Cinta book cover
Aku Cinta
2022
First Published
262
Number of Pages

Afeeya - Kehidupannya berubah kelam selepas pemergian Adam. Dalam hati mengaku reda tetapi hakikatnya dia seperti 'hilang'. Aizad - Disebabkan satu permintaan, dia pulang. Kepulangannya mengubah seluruh kehidupan dia dan Afeeya. Dua tahun berlalu... Afeeya pulang setelah pergi mencari diri dan semangatnya yang pernah 'hilang' suatu ketika dahulu. Dia sudah pulih. Dia tidak mahu lagi menyusahkan Aizad. “Selama kita kahwin pun, kita seperti bukan pasangan suami isteri. Jadi Feeya rasa eloklah kita selesaikan urusan kehidupan kita yang tak ada arah tujuan ni." - Afeeya “Cuba dulu. Rasa boleh atau tak boleh tu kita bincang kemudian.” - Aizad. Aizad menolak mentah-mentah cadangan Afeeya. Sebagai seorang suami, sudah cukup dia beralah dengan Afeeya. Kini giliran Afeeya untuk kembali kepada dia dan sama-sama cuba selamatkan rumah tangga mereka berdua. Kata Afeeya, tidak ada lelaki lain yang bertahkta di hati melainkan nama Adam. Kata Aizad pula, hati mereka berdua milik Allah. Sekali Allah jentik hati dia dan Afeeya, tidak mustahil mereka akan bahagia bersama. Tempoh enam bulan akan menentukan sama ada mereka akan terus bersatu atau berpisah.

Author

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved