Margins
2011
First Published
3.58
Average Rating
115
Number of Pages

Himpunan 9 buah cerpen remaja yang telah melalui proses saringan rinci Panel Penyaring Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2010. Menampilkan hasil karya pengarang generasi baharu dan mapan. Karya-karya yang disajikan dalam antologi ini memilih subjek yang lebih serius, sama ada mengangkat permasalahan yang berlaku dalam negara mahupun persoalan yang lebih bersifat global. Persoalan perpaduan, budaya, tradisi dan sejarah turut menjadi pilihan pengarang. Dengan nafas baharu, persoalan itu berupaya memberi manfaat kepada khalayak pembaca khususnya remaja. Cerpen "Aku Datang" yang dipilih sebagai judul antologi ini mengemukakan subjek penyempurnaan akhlak, iaitu tentang keinsafan manusia yang pernah sesat dan berjaya kembali semula ke pangkal jalan. Laporan Panel Hakim Kategori Cerpen Remaja 1: Siapa Haram - Ummu Hani Abu Hassan 2: Setulus Cinta Muaddib - Husna Nazri 3: Kala Hujan Ini - Nur Adilla Abd Rahim 4: Periaku untuk Ibu Pertiwi - Mohd Ali Bin Salim 5: Mimpi Budak Bola - Illias Zaidi 6: Aku Datang - Aminhad 7: Gulai Sembilang untuk Abah - Fauziah Mohd Ismail 8: Estet dan Kuarters Batu 13 - Zainal Rashid Ahmad 9: Bunga Telur Kenduri Kahwin - Mohd Helmi Ahmad Penyelenggara : Rozlan Mohamed Noor & Wan Faizahtul Hilir Yasak

Avg Rating
3.58
Number of Ratings
12
5 STARS
8%
4 STARS
50%
3 STARS
33%
2 STARS
8%
1 STARS
0%
goodreads

Authors

Zainal Rashid Ahmad
Zainal Rashid Ahmad
Author · 18 books
Zainal Rashid Ahmad (ZRA) mencipta nama pada tahun 1990-an dengan cerpen-cerpen bernuansa eksperimental yang menjurus kepada menggabungkan sastera Melayu moden dan sastera Melayu lama. Zainal memenangi deretan anugerah sastera terutamanya Hadiah Sastera Utusan, Hadiah Sastera Perdana, Hadiah Sastera Islam dan pelbagai anugerah peringkat kebangsaan. Sehingga kini Zainal telah menghasilkan dua buah kumpulan cerpen iaitu Alkisah (2012) dan Yang Tercinta (2012). Zainal mempunyai pengalaman luas sebagai wartawan; pernah bertugas di Utusan Melayu, Astro, NTV7 dan TV3. Zainal turut menerima Anugerah Seri Angkasa 2004, Anugerah Media Pertahanan 2009, Anugerah Dokumentari Terbaik 2010 dan pelbagai anugerah PPFM sebagai Pengarah dan Penulis Skrip Terbaik. Kini Zainal merupakan Pengurus Besar, Jabatan Penerbitan sosial, Politik & Ekonomi TV Al-Hijrah. (2014)
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved