Margins
Margins
Sign in
Margins
Subscribe to our newsletter
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Alfu Sanatin
Alfu Sanatin
Series · 2 books · 2025-2026
By
Ibnu Rijal
Books in series
#2
Alfu Sanatin II
2025
Alfu Sanatin II: Islam, Muslim & Krisis menyambung naratif besar umat Islam selepas runtuhnya Khilafah Uthmaniyyah—sebuah perjalanan yang tidak lagi ditulis dengan pedang dan panji, tetapi dengan konflik pemikiran, penjajahan idea, dan perang identiti. Bermula dari kurun ke-18 hingga abad ke-21, naskhah ini membedah jatuh bangun umat melalui peristiwa-peristiwa besar yang jarang disentuh dengan jujur. Daripada kejatuhan Uthmaniyyah, penjajahan Mesir, Perjanjian Sykes-Picot, Deklarasi Balfour, hingga tragedi Palestin dan kebangkitan gerakan Islam moden seperti Ikhwanul Muslimin, Nahdatul Ulama dan Hamas—setiap bab disusun secara kronologi, disampaikan dengan bahasa santai namun padat, menjadikan sejarah yang kompleks mudah difahami dan dekat di hati. Namun buku ini bukan sekadar catatan sejarah. Ia adalah cermin yang memantulkan persoalan besar: Adakah Islam yang lemah, atau Muslim yang melupakan Islam? Mengapa pengalaman berabad-abad kegemilangan tidak cukup untuk menyelamatkan kita hari ini? Dan siapakah sebenarnya yang patut dipersalahkan dalam krisis umat masa kini? Melalui gaya penceritaan yang berani, sarat analisis tajam dan diselang-seli dengan kisah dari Timur Tengah hingga ke Nusantara, Alfu Sanatin II membawa pembaca menelusuri luka sejarah bukan untuk meratapi, tetapi untuk memahami—lalu bangkit semula dengan jiwa yang sedar.
#3
Alfu Sanatin III
2026
Penutup trilogi Alfu Sanatin – Tanah yang Dijanjikan: The Origin membawa pembaca menelusuri akar sejarah Bani Israel sejak zaman para nabi sehinggalah lahirnya Zionisme moden dan tertubuhnya negara Israel pada hari ini. Perjalanan ini bermula daripada kisah Nabi Ibrahim yang diperintahkan berhijrah ke bumi Kan‘an, sebuah tanah yang dijanjikan dengan syarat ketaatan kepada Tuhan, sebelum sejarah itu berkembang kepada keturunan Nabi Ya‘qub yang dikenali sebagai Bani Israel. Daripada sebuah keluarga kecil, mereka berkembang menjadi bangsa yang berpecah kepada pelbagai suku, berpindah dari satu wilayah ke satu wilayah lain dan melalui jatuh bangun tamadun yang panjang. Ada zaman mereka menjadi bangsa yang kuat dan menguasai tanah sendiri. Namun ada juga era mereka dihalau, dibuang negeri dan hidup sebagai diaspora di pelbagai penjuru dunia. Buku ini turut membawa pembaca melihat bagaimana bangsa Yahudi hidup di bawah dua kuasa besar yang berbeza; dunia Kristian dan dunia Islam. Kedua-duanya meninggalkan kesan sejarah, layanan dan pengalaman yang tidak sama terhadap masyarakat Yahudi sepanjang berabad-abad lamanya. Perbahasan diteruskan dengan hubungan Yahudi dan Nabi Isa a.s, kemunculan Kristianiti, perkembangan pengaruh Yahudi di Eropah serta bagaimana idea Zionisme moden mula lahir dalam dunia Barat. Pembaca juga akan dibawa memahami peranan kuasa-kuasa besar dunia, deklarasi-deklarasi politik penting dan rangkaian peristiwa yang akhirnya menjadi asas kepada konflik Palestin-Israel moden yang masih berpanjangan sehingga hari ini. Ditulis dalam gaya naratif sejarah yang menggabungkan agama, tamadun dan geopolitik, buku ini membantu pembaca melihat isu Palestin dan Israel bukan sekadar melalui berita semasa, tetapi melalui perjalanan sejarah yang panjang, rumit dan saling berkait sejak ribuan tahun dahulu.
Author
Ibnu Rijal
Author · 7 books