Margins
Anatomi Rupert book cover
Anatomi Rupert
2013
First Published
3.83
Average Rating
179
Number of Pages

Cerita berkisar di sebuah kampung yang bernama Rupert. Kampung ini terletak di negeri Sabah. Ia mengisahkan tentang Pak Ali, tuan punya kedai gunting rambut. Perniagaan gunting rambutnya semakin merosot hari demi hari. Isteri Pak Ali selalu mendesak Pak Ali agar Pak Ali berhenti saja daripada terus menjadi tukang gunting rambut. Tok Mun pula ialah seorang lelaki tua yang sangat uzur. Dia terpaksa menggunakan tongkat dan alat bantu pendengaran serta kaca mata dalam menjalani hidup sehariannya. Walaupun sudah lanjut usia, Tok Mun berhasrat untuk bertanding lagi dalam pilihan raya, dan sekiranya dia menang, dia bercita-cita untuk menukarkan nama Rupert itu kepada nama yang lebih bercirikan tempatan. Bagi Tok Mun, nama Rupert sangat berbau penjajah, Tok Mun pernah kalah teruk dalam pilihan raya sebelum ini. Konflik politik yang bermatlamatkan persamaan ekonomi.

Avg Rating
3.83
Number of Ratings
24
5 STARS
25%
4 STARS
38%
3 STARS
33%
2 STARS
4%
1 STARS
0%
goodreads

Author

Ruhaini Matdarin
Ruhaini Matdarin
Author · 12 books
Dilahirkan di Hospital Queen Elizabeth dan dibesarkan di Kota Kinabalu, Sabah. Anak sulung daripada tiga orang adik-beradik, suka melancong dan membaca. Pada tahun 2006 menang tempat pertama peraduan mengarang cerpen sempena kempen Budi Bahasa Budaya Kita anjuran Kekwa, pada tahun 2008 menang Hadiah Sastera Sabah 2006/2007, kategori novel remaja menerusi novel Gadis Adikara dan pada tahun 2009 menang tempat kedua Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008 menerusi novel Jendela Menghadap Jalan. Manakala Waris Pejuang menang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011 juga di tempat kedua.
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved