
Part of Series
Dua dunia semakin bergolak. Kuasa disalah gunakerana tamak. Peperangan kini sukar dielak. Di dunia Anding Ayangan – Furqan Ayyubi memerangi habis-habisan Raja Daulah yang sakti, sehingga seluruh pasukannya disumpah menjadi batu. Tinggal dia dan Rolou yang terselamat. Kekalahan paling teruk dialami oleh pasukan Anding. Chahaya terpaksakeluar dari persembunyian demi memimpin Furqan Ayyubi bangkit semula menerusi keajaiban kalamullah. Di dunia nyata – pembunuhan misteri berlakumenjelang pilihan raya negeri. Mutajassad punya angkara. Makhluk bangsa Makrit’e itu bersembunyi di dalam tubuh manusia, beralih dari jasad ke jasad. Muslihatnya yang licik menyukarkan siasatan dua pegawai polis, Rawza dan Fakeh. Ketika segalanya seperti mustahil, Rayyan dan Mika dari planet Yuk’kaa muncul untuk membantu. BangsaYuk’kaa pernah berperang dengan bangsa Makrit’e di angkasa raya. Kini, di bumi pula berlaku pertembunganantara tiga bangsa: manusia, Yuk’kaa dan Makrit’e. Setiap peperangan pasti sampai ke noktahnya. Untuk itu, ada yang harus mati! RAMLEE AWANG MURSHID kembali menghidupkan kisah ini dengan aksi-aksi mendebarkan, plot yang berbelok-belok dan penuh kejutan. Setiapbabak memacu adrenalin, menuntut pembaca terusmenyelak halaman demi halaman hingga ke penamatnya. Bersedialah untuk dibawa ke dunia fantasi yang dipenuhiperjuangan, pengkhianatan dan ketabahan hingga ke titikterakhir. CAPTION: Dongeng bukan sekadar bayangan. Iaperjuangan hakikat yang sentiasa dibayangi.
Author

Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur. Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002. Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit. Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu. Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta. Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram. Ramlee juga telah memegang tugas sebagai Penerbit Filem. Filem pertama beliau ialah TOMBIRUO: Penunggu Rimba yang diadaptasi dari novel beliau dengan judul yang sama. Tombiruo adalah Filem Kedua Terlaris pada tahun 2017. Setelah lebih 20 tahun menjadi penulis, beliau akhirnya memberanikan diri menerbitkan novel beliau sendiri di beri tajuk KASYAF AIN. Di bawah syarikat RAM Typewriter, beliau akan hadir dengan Novel ke-3 beliau tidak lama lagi. Latar belakang pendidikan Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979) Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984) Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000) Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia Anugerah Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu. Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002. Pemenang Novelis Thriller Terbaik dari Anugerah Buku Negara 2019. Untuk mendapat info terbaru Ramlee Awang Murshid, ikuti beliau di: www.facebook.com/ramfc www.instagram.com/ramfc2020 www.twitter.com/ramfc2020 Karya beliau boleh dapatkan melalui: www.facebook.com/ramfcstore


