
Anekdot Jalanan
2023
First Published
4.41
Average Rating
264
Number of Pages
Hidup bukan selalu mengenai melihat masa depan yang hebat. Hidup juga untuk merasai hari ini yang menyakitkan. Rasa kalah hanya menghantar kita pulang ke ruang kenangan; tempat untuk mengutip semula segala kekuatan masa lalu. Tanpa dirancang kita terlihat kehidupan manusia dalam bilik-bilik sempit. Kita ternampak puluhan anak-anak kecil bermain di pedestrian jalan. Begitu banyak kedukaan. — Zainal Rashid Ahmad (ZRA)
Avg Rating
4.41
Number of Ratings
93
5 STARS
49%
4 STARS
42%
3 STARS
9%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads
Author

Zainal Rashid Ahmad
Author · 18 books
Zainal Rashid Ahmad (ZRA) mencipta nama pada tahun 1990-an dengan cerpen-cerpen bernuansa eksperimental yang menjurus kepada menggabungkan sastera Melayu moden dan sastera Melayu lama. Zainal memenangi deretan anugerah sastera terutamanya Hadiah Sastera Utusan, Hadiah Sastera Perdana, Hadiah Sastera Islam dan pelbagai anugerah peringkat kebangsaan. Sehingga kini Zainal telah menghasilkan dua buah kumpulan cerpen iaitu Alkisah (2012) dan Yang Tercinta (2012). Zainal mempunyai pengalaman luas sebagai wartawan; pernah bertugas di Utusan Melayu, Astro, NTV7 dan TV3. Zainal turut menerima Anugerah Seri Angkasa 2004, Anugerah Media Pertahanan 2009, Anugerah Dokumentari Terbaik 2010 dan pelbagai anugerah PPFM sebagai Pengarah dan Penulis Skrip Terbaik. Kini Zainal merupakan Pengurus Besar, Jabatan Penerbitan sosial, Politik & Ekonomi TV Al-Hijrah. (2014)