ISLAH KEHIDUPAN menghimpunkan karya 10 penulis menerusi projek penulisan anekdot dan sketsa kehidupan. Layanilah emosi anda dengan membaca aneka coretan pengalaman penulis daripada latar yanq berbeza. Para pembaca pasti dibuai kenangan silam dan pelbagai kenangan lain apabila membaca aneka coretan pengalaman daripada pelbagai latar kerjaya hakiki penulis, yang terdiri daripada: Khairuddin Ayip o Noraidi Abdullah o Dr. Nor Raudah Hj Siren o Nurul Hidaya Gloria Abdullah o Nurul Syahida Hassan o Sanarehan Sidik o Shamshul Mardiyyah Bahrum o Syahadatul Hafizah Abdullah o Wan Noradelin Kassim o Dr. Zuridah Hanim Md. Akhir. Kata pengantar oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. Awang bin Sariyan, Profesor Pengajian Dunia Melayu/Pengarah Penyelidikan dan Penerbitan Institut Antarabangsa Tamadun Islam dan Dunia Melayu (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, yang juga Mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka dan Penyandang Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di China. Beliau menggagaskan pemikiran tentang ibrah sebalik usaha penulisan dan penerbitan in, sekali gus meniupkan semangat berbahasa Melayu yang betul dalam kalangan penulis dan pembaca.