

Books in series

#3
Anekdot Kenangan Jilid 1
2025
Belahan masa lalu dan masa kini bukanlah seperti potongan kek; kecil atau besar, rasanya tetap sama. Masa lalu dan masa kini diikat oleh kenangan yang mengisi makna perjalanan waktu.
Masa lalu bukan untuk dimusuhi. Masa lalu adalah separuh dari masa depan. Itu sifat belahan masa. Pada saya, tiada masa lalu yang buruk. Bagi yang melihat masa kini, pastinya merasa bahawa masa lalu menjadi langkah mencari masa depan yang jernih.

#4
Anekdot Kenangan Jilid 2
2025
Manusia adalah makhluk takdir. Pada saya, takdir yang ditentukan buat sahabat-sahabat dalam kenangan saya, semuanya ada keindahan dan pengajarannya – walau apa pun kekurangan dirinya. Anekdot ini satu memori imbas semula pengalaman-pengalaman menjadi lebih manusia.
Tiap jenaka ada lukanya; tiap luka ada jenakanya. Cuma, tidak semua jenaka akan membuat kita ketawa. Ada jenaka yang boleh mengalirkan air mata. Lihatlah keajaiban bagaimana luka itu sembuh; bukan melihat siapa yang melukakan kita! Lihat keajaiban, bukan dendam.
Author

Zainal Rashid Ahmad
Author · 23 books
Zainal Rashid Ahmad (ZRA) mencipta nama pada tahun 1990-an dengan cerpen-cerpen bernuansa eksperimental yang menjurus kepada menggabungkan sastera Melayu moden dan sastera Melayu lama. Zainal memenangi deretan anugerah sastera terutamanya Hadiah Sastera Utusan, Hadiah Sastera Perdana, Hadiah Sastera Islam dan pelbagai anugerah peringkat kebangsaan. Sehingga kini Zainal telah menghasilkan dua buah kumpulan cerpen iaitu Alkisah (2012) dan Yang Tercinta (2012). Zainal mempunyai pengalaman luas sebagai wartawan; pernah bertugas di Utusan Melayu, Astro, NTV7 dan TV3. Zainal turut menerima Anugerah Seri Angkasa 2004, Anugerah Media Pertahanan 2009, Anugerah Dokumentari Terbaik 2010 dan pelbagai anugerah PPFM sebagai Pengarah dan Penulis Skrip Terbaik. Kini Zainal merupakan Pengurus Besar, Jabatan Penerbitan sosial, Politik & Ekonomi TV Al-Hijrah. (2014)