Margins
Margins
Sign in
Margins
Subscribe to our newsletter
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
📚
Anna Lee
Missing Pages
2018
Anna Lee, Ayumi Syafiqah, Ema Deesyiaqis, Farrah Izzlorna, Jun Sahaja, Pasha
“Setiap daripada mereka... ada kisah yang perlu dilengkapkan.” Anya Dahlia - Benjy... Di mana pun awak ketika ini, saya harap kesedihan itu tak akan wujud lagi dalam diri awak. Andai takdir menemukan kita kembali, moga saya dapat melihat sinar yang berbeza dalam mata awak. Live well, Nik Benjamin. Surat Cinta Untuk Lela - “Lela kata dia mengembara ke masa silam. Apa yang terjadi sekarang tak sepatutnya berlaku.” Astra - Apa yang dilihat dengan mata kasar bukanlah cerita yang sebenarnya dan keajaiban itu sentiasa ada. Duniabaru - Setiap cerita perlu ada kesudahannya. Dan ini adalah pengakhiran Two Soul. Nota Yang Hilang - Fear is boring. Kemunculan sehelai nota akhirnya membawa dia keluar daripada ketakutannya. Noah (Permulaan) - Sebuah pengakhiran bermula daripada satu permulaan. Dan ini adalah permulaan seorang Noah.
Butterfly
2019
Anna Lee
~Our Dirty Little Secret~ Mengapa sebuah rahsia itu disembunyikan, adakah kerana kebenarannya menakutkan? Hidup Laikha sangat bahagia. Punya ibu bapa yang sangat penyayang membuatkan dia tak pernah kurang kasih sayang. Namun, semua itu hilang sekelip mata hanya keranasebuah kejadian dan sebaris kata. Tragedi kebakaran rumah keluarganya membuatkan Laikha mula mempersoalkan kasih sayang ibu dan bapanya selama ini. Mengapa setenang itu bapanya menerima 'kematiannya'? Mengapa tiada air mata yang mengiringi 'pemergiannya'? Dan, yang paling mengecewakan Laikha, mengapa begitu mudah keluarganya menerima 'kematian' Laikha sedangkan dia yang sebenarnya masih bernafas? Kepercayaan Laikha pada ibu dan bapanya makin terhakis apabila satu persatu persoalan mula muncul dan jawapan kepada setiap persoalan itu membuatkan Laikha mula keliru dengan realiti sebenar. Untuk mencari jawapannya, Laikha perlu menelusuri kisah silam ibu dan bapanya yang berselirat dengan rahsia hitam. Tetapi, mampukah Laikha menerima semuanya? Atau dia perlu terus hidup dalam kepura-puraan yang tercipta?
Kenzi X Embun
2021
Anna Lee
Suaminya ada skandal dengan kawan baik sendiri! Begitulah klisenya kehidupan Embun Nashmia. Hatinya hancur. Perpisahan dipilih demi ketenangan hatinya. Namun, kemunculan sepotong kek bersama sekeping kad nama telah menghuru-harakan hidupnya. Mr Ross mempunyai misi untuk memastikan anak saudara kesayangannya itu memiliki zuriat yang sah. “Cari isteri. Kahwin. Buat perjanjian. Buat anak. Kemudian lepaskan. Mudah, kan?” Cadang Ross. Kenzi Julian sebal dengan bapa saudaranya yang tiba-tiba saja bertanyakan soal zuriat yang bakal mewarisi hartanya yang berbilion sedangkan hatinya tidak terbuka untuk cinta kerana pernah dikecewakan satu masa dulu. Namun, demi memuaskan hati Mr Ross, dia bersetuju. “But with one condition.” Matanya merenung serius. “Okey?” Ross dekatkan diri dengan Kenzi. “Find someone whom I will never fall in love with, will you?” Dengan wajah serius Kenzi merenung Ross. Syarat Kenzi dituruti. Rancangan diatur. Embun menjadi insan terpilih. Segala-galanya berlaku dengan mudah. Tapi kenapa makin lama mereka bersama, semua yang berlaku mula nampak salah? Kenzi x Embun, masihkah ada bahagia untuk hati mereka yang pernah terluka?
Hello, It's Me
2016
Anna Lee
Apa yang anda sanggup lakukan jika 'nyawa' anda berada di tangan orang lain? Telefon adalah nyawanya, rahsianya, gambar, idea, manuskrip, nota, diari, password... Akaun sosial media, segalanya di telefon pintarnya. Tiya dan Duta tertukar telefon. Dalam sebesar dan seluas dunia macam mana telefon yang sama jenis, sama warna, sama casing, sama password dan sama wallpaper, boleh tertukar? Mustahil! Tetapi itulah yang terjadi pada Tiya. Mulai detik itu kehidupannya yang aman damai mula huru-hara. Tiya bukan saja terperangkap dalam masalah cinta dan jodoh Duta tetapi dia juga terperangkap dalam masalah lain yang lebih besar. Yang menyebabkan kehidupan Tiya berubah 360 darjah. Yang menyebabkan dia terpaksa melawan diri sendiri. Ada rahsia yang tersembunyi. Ada jiwa yang akan terseksa. Ada hati yang akan terluka. Masih wujudkah happily-ever-after dalam hidup Tiya? "Hello... it's me."
📚 Anna Lee