Margins
Antologi Jiwa Kacau book cover
Antologi Jiwa Kacau
Gaun Berdarah
2014
First Published
3.86
Average Rating
489
Number of Pages

Antologi Jiwa Kacau - Gaun Berdarah. Jiwa kacau seiring dengan perasaan berbaur misteri, trauma, takut dan seram. Himpunan kisah emosi ini hadir daripada karya-karya yang dihasilkan dalam portal ilham Karangkraf. Terdapat 27 buah cerpen (hasil tulisan 20 penulis) yang dimuatkan dalam antologi ini. Penulis-penulis yang terkenal seperti Ramlee Awang Murshid, Maria Kajiwa dan ramai lagi menampilkan karya yang hebat dan bakal 'mengacau' jiwa anda selama-lamanya. Gaya bahasa dan penceritaan yang unik, pastui pembaca berimaginasi dengan dunia aneh. Mengikat emosi anda dengan dialog-dialog yang membuatkan tidak tidur malam. Tentunya anda teruja bukan? Antologi ini mengupas beberapa cerita pembunuhan kejam yang tidak terjangkau dalam minda kita.

Avg Rating
3.86
Number of Ratings
69
5 STARS
33%
4 STARS
29%
3 STARS
29%
2 STARS
7%
1 STARS
1%
goodreads

Authors

Indah Hairani
Indah Hairani
Author · 4 books

Indah Hairani atau nama sebenarnya Ramlah Latif bertugas sebagai Pembantu Pegawai Muzium. Beliau yang turut menulis puisi dan juga skrip drama radio juga enggan mengalah malah tidak pernah jemu menambahkan ilmu dalam bidang penulisan. "Seorang penulis itu juga perlu seorang yang berilmu pengetahuan kerana dia bukan hanya menulis untuk tujuan komersial tanpa ada arah tuju" katanya.

Zakri Rahman
Zakri Rahman
Author · 2 books
Bermula dengan penulisan cerpen, novel kanak-kanak, novel remaja hinggalah novel dewasa, Zakri Rahman masih mencari-cari genre yang sesuai dengan dirinya. Buat masa ini, dia selesa tidak terikat dengan mana-mana genre walaupun keputusan itu sebenarnya tidak begitu bagus untuk perjalanan kariernya. Merupakan salah seorang pemenang Sayembara FIXI 2017, salah seorang pemenang Sayembera Novel Kanak-Kanak Berita Harian 2017 dan Penerima Hadiah Penghargaan Sastera Darul Iman 2019.
Syasya Bellyna
Syasya Bellyna
Author · 5 books

Senarai Karya Syasya Bellyna 1. Terukir di Hati, Antologi Detik Terindah bersama Fair & Lovely – Feb 2014, ALaf21 & Unilever Malaysia 2. Hujan Rintik-rintik, Antologi Jiwa Kacau : Gaun Berdarah – April 2014, Alaf21 3. Semua untukmu – 2014, self-publication 4. Secantik Magical Rhododendron, Mini Novel Terpilih Resepi Cinta vol. 1 – Nov 2014, October Love 5. Ganggu, Antologi Seramshit 1.0 – Mac 2015, October Love 6. Malam Ogos, Antologi Permainan Maut – Oct 2015, Buku Prima 7. Ghaib, Antologi Seramshit 1.5 - Nov 2015, October Love 8. Wujud, Projek Seram Istana Lama – Mac 2016, Buku Prima 9. Kod, Projek Thriller Vape - 2017 10. Projek Seram Pokok - 2017 11. Projek Seram Terowong - 2017 12. Sihir - 2017 13. Kisah Seram Malam Jumaat vol. 5 -2018 14. Lambaian Bulan - 2018 etc

Ramlee Awang Murshid
Ramlee Awang Murshid
Author · 45 books

Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur. Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002. Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit. Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu. Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta. Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram. Ramlee juga telah memegang tugas sebagai Penerbit Filem. Filem pertama beliau ialah TOMBIRUO: Penunggu Rimba yang diadaptasi dari novel beliau dengan judul yang sama. Tombiruo adalah Filem Kedua Terlaris pada tahun 2017. Setelah lebih 20 tahun menjadi penulis, beliau akhirnya memberanikan diri menerbitkan novel beliau sendiri di beri tajuk KASYAF AIN. Di bawah syarikat RAM Typewriter, beliau akan hadir dengan Novel ke-3 beliau tidak lama lagi. Latar belakang pendidikan Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979) Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984) Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000) Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia Anugerah Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu. Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002. Pemenang Novelis Thriller Terbaik dari Anugerah Buku Negara 2019. Untuk mendapat info terbaru Ramlee Awang Murshid, ikuti beliau di: www.facebook.com/ramfc www.instagram.com/ramfc2020 www.twitter.com/ramfc2020 Karya beliau boleh dapatkan melalui: www.facebook.com/ramfcstore

Maria Kajiwa
Author · 32 books
Camellia dan Maria Qay adalah nama pena lain bagi penulis Maria Kajiwa.
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved