Definisi bahagia berbeza bagi setiap orang. Kita berhak meraikan kebahagiaan dengan cara dan kemampuan masing-masing. Kerana kebahagiaan berbeza dan mempunyai pelbagai variasi, ianya harus diabadikan dalam bentuk maujud. Yang penting kisah yang membahagiakan kita mampu memberikan aura positif dan meninggalkan impak berpanjangan kepada insan lain. APA LAGI YANG LEBIH MEMBAHAGIAKAN ini menghimpunkan 264 kisah daripada 240 penulis dan diterbitkan dalam tiga jilid. Menakjubkan, kerana setiap kisah digarap mempunyai pendekatan dan sentimen yang berbeza. Kisah dalam penerbitan in umpama sebuah lukisan pada kanvas kehidupan yang besar dan penuh warna-warni. Ironinya, hal-hal kecil yang dikisahkan itulah yang membahagiakan. Atas kesedaran kebahagiaan harus diraikan, pihak Nuha Creative Resources mengambil inisiatif untuk menghimpunkan kisah-kisah ini. Semoga penerbitan in akan menjadi katalis kepada para penulis untuk terus berani berkarya dengan jujur, kerana karya yang jujur akan sentiasa terpahat pada sanubari pembaca. Semoga tulisan dalam penerbitan in akan menjadikan kita semua mensyukuri nikmat yang diberikan oleh-NYA dalam mencari keredhaan-NYA.