Margins
Artifak book cover
Artifak
2021
First Published
4.42
Average Rating
325
Number of Pages

“Dhaw yang kamu hasilkan memang bagus dan bermutu tinggi tetapi sayang dhaw itu memiliki semangat yang jahat. Semangat yang tidak terdidik oleh ketenangan tetapi hanya dilentur oleh sifat api. Ia membunuh tanpa memilih. Apa sahaja yang melintas akan mati apabila tersentuh.” – SAMI TUA Sebuah artifak berharga dari zaman Kerajaan LannaThai menjadi rebutan pelbagai pihak. Justru itu sebagai langkah berjaga-jaga, Khalid diminta sahabat lamanya Panji untuk membantu walaupun dia tahu, nyawa mereka menjadi taruhan. Sayangnya, usaha mereka berdua terhalang. Mereka diserang dan diburu… kematian sudah berada di depan mata. “Masalahnya sekarang… kalau aku serah pada kau orang, bagaimana dengan kami? Boolert pasti cari kami sampai ke lubang cacing.” – KHALID Dalam kepayahan, Khalid berjaya melepaskan diri namun sejak itu dia pula yang menghadapi gangguan mistik dan diburu beberapa kumpulan penjahat. Dia dihantui orang yang sudah mati. Apakah rahsia sebenar artifak yang menjadi rebutan itu? Mampukah nyawa Khalid diselamatkan atau tewas kepada sumpahan yang menunggu mangsa? Ternyata artifak itu lebih daripada sekadar barang lama. Ada semangat mati yang menguasai. Ada keramat yang menghantui... “Bukan anak murid namanya, kalau membunuh guru sendiri. Dhaw yang kamu hasilkan ini mempunyai syaitan. Ia akan membawa maut dan badi kepada setiap orang yang menyentuhnya.” – SHIN KUE NA

Avg Rating
4.42
Number of Ratings
72
5 STARS
53%
4 STARS
39%
3 STARS
6%
2 STARS
3%
1 STARS
0%
goodreads

Author

Maria Kajiwa
Author · 32 books
Camellia dan Maria Qay adalah nama pena lain bagi penulis Maria Kajiwa.
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved