Margins
Margins
Sign in
Margins
Subscribe to our newsletter
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Asil Pelindung Khalifah
Asil Pelindung Khalifah
Series · 5 books · 2021-2026
By
Hazwani Osman
Books in series
#1
Asil Pelindung Khalifah 01
2021
“Asil, misi kamu kali ini adalah menyelinap ke istana sebagai tukang masak.” “Hah?” Tercengang Asil mendengarnya. \
\
\* Daulah Uthmaniyah meski makmur dan maju di bawah pemerintahan Sultan Abdul Hamid II, ada pakatan belot yang cuba menggulingkan pemerintahan beliau. Mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk menjatuhkan khalifah Uthmaniyah. Kerana itu, Asil dihantar untuk menyelinap ke istana – agar rancangan Sultan Abdul Hamid II untuk menghalang pemberontakan gagal! Namun, ketika Asil mula bertugas sebagai tukang masak, semua orang di istana menunjukkan rasa sayang pada Sultan. Lebih mengejutkannya apabila dia melihat sendiri akhlak Sultan yang terpuji, bukannya pemimpin kejam seperti yang dikhabarkan. Asil mula tertanya-tanya, mengapa ada orang yang mahu menjatuhkan khalifah?
#2
Asil Pelindung Khalifah 02
2022
"Macam mana kamu tahu itu ialah kebenaran? Dari mana sumber kebenaran itu? Adakah sumber itu sahih?" "Mestilah saya tahu! Sebab. .…..sebab selama ini, Pak Cik Muhktar yang cakap begitu? Penyamaran Asil sebagai tukang masak di istana telah menyebabkan Asil berada dalam dilema: memilih untuk mempercayai Sultan Abdul Hamid Il, atau tetap dengan pendiriannya sebagai pengintip harapan CUP. Ini kerana, Asil melihat sendiri peribadi sultan yang berbeza daripada apa yang dididik oleh CUP. Dalam keadaan Asil yang mash keliru, konco-kOnco CUP terus-menerus melaksanakan strategi menjatuhkan Sultan Abdul Hamid I, terutamanya menuntut agar Sultan melaksanakan kembali perlembagaan. Sehinggakan ke satu tahap, agenda licik CUP mengancam banyak nyawa, termasuklah kenalan Asil di istana. Asil semakin meragui perjuangannya. Siapa yang perlu dia perjuangkan demi melindungi Uthmaniyah?
#3
Asil Pelindung Khalifah 03
2023
“Aku nak tebus kesilapan aku. Tapi aku perlukan kau untuk percaya pada aku.” “Kenapa aku kena percaya pengkhianat macam kau?” “Kalau tak, Sultan akan mati!” \
\
\* Asil, perisik musuh (CUP) yang dihantar ke istana untuk mengintip Sultan Abdul Hamid II akhirnya membuka mata melihat kebenaran. Asil sudah memilih untuk berpihak dengan Sultan untuk menebus kesilapan, tetapi identitinya tergugat apabila muncul Gallipoli, gadis misteri istana. Jika identiti Asil terdedah, dia akan menjadi buruan perisik Sultan dan juga CUP sendiri. Nyawa Sultan juga akan terancam dan hanya Asil yang dapat selamatkan Sultan daripada dibunuh. Dalam situasi tegang antara dua identiti berbeza, apakah yang Asil boleh lakukan untuk menebus kesilapan lalu?
#5
Asil Pelindung Khalifah 05
2025
“Kenapa kau tak terus hapuskan aku saja?” “Takkan sesenang itu aku nak biarkan kau hilang nyawa, Asil?” Setelah lama tidak sedarkan diri akibat bertarung dengan Tarkan, Asil mendapati dirinya sudah terkurung di dalam sebuah penjara. Dia berhadapan semula dengan Muhtar, si ketua yang mahu membalas dendam kerana Asil membelot daripada CUP. Istana Yildiz pula gempar dengan berita kehilangan Asil dan penemuan mayat ketua tukang masak istana. Kini, Safad kembali untuk mencari siapakah dalang pembunuh yang sebenar. "Safad, tak mungkin Asil yang buat semua ni!" Ketika Asil terperangkap dan Safad cuba merungkai misteri, nyawa Sultan sebenarnya berada dalam bahaya. Dalam kekecohan yang berlaku di Istanbul, masih adakah harapan bagi Asil untuk melindungi Sultan, saat nyawanya sendiri menjadi taruhan?
#6
Asil Pelindung Khalifah 06
2026
Setelah berjaya lolos dari tempat hukuman, Asil berhadapan pula dengan rusuhan di bandar Istanbul! Hampir sahaja Asil hilang nyawa dalam rusuhan tersebut sebelum diselamatkan seorang lelaki misteri. Asil memperoleh peluang kedua untuk menyelamatkan sultan, tetapi dendam yang membara terhadap Tarkan yang telah membunuh Tuan Ahmet mengaburi tujuannya. Dalam masa yang sama, takhta Sultan Abdul Hamid II kian terancam! Adakah Asil akan setia dengan matlamatnya sebagai pelindung khalifah? Atau dia akan terjerumus ke dalam kegelapan kerana dendam? Stamp: Lebih 70k naskhah telah terjual, juga terbit dalam bahasa Turki! Komik Asil adalah sebuah siri komik fiksyen sejarah berkenaan Turki Uthmaniyah.
Author
Hazwani Osman
Author · 10 books