
Untunglah kerja jurutera, gaji paling kurang empat lima angka! Ala, kerja jurutera takkan tak tahu nak baiki setakat kipas rosak? Aik, jalan rosak lagi? Ini mesti jurutera cap ayam malas buat kerja! Eh, kamu bila nak kahwin, umur dah 30 takkan tak ada calon lagi? Eh. Inilah soalan-soalan yang akan ditanya kepada seorang jurutera setiap kali pulang hari raya. Ketahuilah, tak semua soalan dan penyataan itu betul. Ya, gajinya mungkin lumayan, tetapi ketahuilah ada banyak cabaran dan ‘lubang-lubang’ halangan dalam menjadi jurutera bergaya ala James Bond, memakai sut lengkap dengan beg bimbit berwarna hitam mutu keunggulan yang selalu anda bayangkan itu. Semasa menjadi pelajar. Mencari kerja. Menimba pengalaman di tapak bina. Apalagi untuk menjadi jurutera professional. Jurutera itu, peranan asasnya menyelesaikan masalah teknikal dalam hidup manusia. Menggunakan teknologi dan ilmu kejuruteraan yang ada untuk memudahkan urusan manusia. Tapi, bukan semua lubang di jalan dapat ditampal dengan mudah. Bukan semua masalah dapat diselesaikan sekelip mata meski bergelar jurutera. Tapi seorang jurutera tidak akan berganjak dari cabaran dan masalah sehinggalah ia selesai! (Meski terpaksa menggali lubang lain untuk mencari puncanya)
Authors

Author of 23 novels, 11 novellas, 3 collection of short stories, 2 poetry collections and a nonfiction. Shortlisted for Commonwealth Short Story Prize 2019. In 2024, he had been awarded "Anugerah Penulis Harapan Sarawak" for "Anugerah Sastera Sarawak ke-11". His short stories had won awards such as Hadiah Sastera Selangor 2019 and Hadiah Sastera Penulis Sarawak 2019 & 2020. His short stories entitled "Jam Menanggalkan Jarumnya Lalu Menghitung..." "Selimut", "Masjid" & "Tiga Cerita Tentang Bahasa" had been awarded Main Prize for Short Story in Hadiah Sastera Selangor 2021, Hadiah Sastera Penulis Sarawak 2022 & 2024 and Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2019/2020 respectively. He writes short stories on weekly basis and had his short stories featured in local literature magazines, newspaper and portal such as Dewan Sastera, Cukaria, SelangorKini, Berita Harian and Mingguan Malaysia.