Margins
Bagaikan Puteri book cover
Bagaikan Puteri
2005
First Published
4.52
Average Rating
578
Number of Pages

Part of Series

' Awan... Kalau dapat kucapai, maka saktilah hamba ' Bagaikan Puteri " Apabila hujan turun, melimpahlah air dari perbukitan, aliran menujah batu, melekuk tanda waktu beralib, seiring nyawa menghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung, " Haryani dan Laksamana Sunan... saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima lojik akal. Mereka dari zaman yang berbeza. Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam. Dani... pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad 21. Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati! Bagaikan Puteri penuh konflik, tragedi, pengembaraan, mistik dan magik. Hanya kerana cinta... manusia sanggup berperang! Cetakan 1 - 2005 Cetakan 2, 3 - 2006 Cetakan 4, 5 - 2007 Cetakan 6, 7 - 2008 Cetakan 8, 9 - 2009 Cetakan 10 - 2010 Cetakan 11, 12 - 2011 Cetakan 13 - 2012 -

Avg Rating
4.52
Number of Ratings
3,008
5 STARS
68%
4 STARS
21%
3 STARS
7%
2 STARS
2%
1 STARS
2%
goodreads

Author

Ramlee Awang Murshid
Ramlee Awang Murshid
Author · 40 books

Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur. Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002. Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit. Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu. Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta. Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram. Ramlee juga telah memegang tugas sebagai Penerbit Filem. Filem pertama beliau ialah TOMBIRUO: Penunggu Rimba yang diadaptasi dari novel beliau dengan judul yang sama. Tombiruo adalah Filem Kedua Terlaris pada tahun 2017. Setelah lebih 20 tahun menjadi penulis, beliau akhirnya memberanikan diri menerbitkan novel beliau sendiri di beri tajuk KASYAF AIN. Di bawah syarikat RAM Typewriter, beliau akan hadir dengan Novel ke-3 beliau tidak lama lagi. Latar belakang pendidikan Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979) Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984) Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000) Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia Anugerah Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu. Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002. Pemenang Novelis Thriller Terbaik dari Anugerah Buku Negara 2019. Untuk mendapat info terbaru Ramlee Awang Murshid, ikuti beliau di: www.facebook.com/ramfc www.instagram.com/ramfc2020 www.twitter.com/ramfc2020 Karya beliau boleh dapatkan melalui: www.facebook.com/ramfcstore

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved