Margins
Margins
Sign in
Margins
Subscribe to our newsletter
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
📚
Banter
Anak Perempuan Dato' Pengarah ... yang Hanya untuk Aku
2024
Rehan Makhtar
… yang hanya untuk aku Kata orang, masa akan mengubati segalanya. Kerana itu, sehingga kini Tiani masih berharap waktu itu tiba. Kejadian itu benar-benar meninggalkan parut kekal pada jiwanya. Dia terus membalut resah dan gundah dengan senyuman dan tawa kerana tidak mahu mereka yang disayangi turut sama menderita. Namun, dia sendiri tak pernah menduga apabila Tuhan menghantar seseorang yang mendengar biarpun dia tidak bersuara. Yang melihat dengan jelas walau dia terus bersembunyi. Yang memahami biarpun tak pernah dia luahkan rahsia hati. “Eh… kenapa ni, awak?” – Lukman “Maaf… tapi tolong. Selamatkan saya…” - Tiani Ketenangan Lukman terganggu. Tak pernah disangka, dalam perjalanan hidup yang mana dia tak pernah kesah tentang cinta, seorang wanita asing tiba-tiba sahaja jatuh ke dalam pelukan. Dia ingin menolak. Tapi, merasakan tubuh halus itu menggigil ketakutan dan melihatkan air mata daripada mata redup itu mengalir lesu, Lukman relakan diri. “Saya patut suruh awak pergi daripada saya sejak awal…” – Tiani “Mana lagi saya nak bawa diri kalau awak halau saya pergi sedangkan awak dah ikat mati hati saya?” - Lukman Berdepan dengan wanita yang sentiasa ketawa menutup kesedihan, yang sering senyum menafi keresahan; Lukman tahu semuanya tak mudah. Kerana dia tahu keresahan, kesedihan malah ketakutan itu jelas tergambar di balik pandangan mata redup itu. Lukman tahu, masalah telah hadir dalam hidupnya. Tapi, apa nak dikata, kan? Ini adalah masalah yang dia mahu hadap buat seumur hidup. 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐍𝐀𝐌𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐑𝐈 " 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐀𝐊𝐔 " ● TAKDIR UNTUK AKU ● SEORANG UNTUK AKU ● DIA UNTUK AKU 𝐀𝐃𝐀 𝐁𝐎𝐍𝐔𝐒 𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍 𝐒𝐄𝐒𝐄𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐀𝐊𝐔 " TAK SENGAJA "
Sunny
2024
Asha Lim
Selepas 14 tahun mereka berpisah, akhirnya takdir menemukan mereka kembali bersama satu rasa yang sama : benci. "Kahwin dengan aku, Tia Amelia." - Noah Lamaran dingin yang dilontarkan daripada Noah ditepis kasar oleh Tia. Dengan kehidupannya yang dikelilingi masalah, kemunculan entiti asing yang tidak henti-henti mengganggunya membuatkan dia teringatkan kisah silam yang menjadi mimpi ngerinya saban malam. Situasi ngeri yang membuatkan Tia dan Noah berkongsi satu rasa yang lain : tragedi. "Is that offer still available?" - Tia "Offer apa pula ni? Aku bukan mall, ada offer bagai." - Noah "That marriage proposal." - Tia Perkahwinan yang bersebab. Marriage of convenience. Win-win situation for both parties. Perkahwinan tanpa cinta dan termenterai kerana sebuah perjanjian semata-mata, ditambah pula dengan ground rules yang direka Noah dan pergaduhan sebagai rutin harian, mampukah mereka hidup dalam perkahwinan yang tercipta oleh dua hati yang saling menyakiti?
📚 Banter