
Sebuah novel ala travelog yang menggarap jalur kehidupan pelajar-pelajar Islam di Syria. Keunikan kehidupan di tempat baharu, iaitu di Baromkeh, Republik Arab Syria diberi tumpuan melalui pengalaman beberapa watak seperti Fahda Nur dan Adawiyah dengan Persatuan Pelajar Malaysia di situ. Fahda Nur, pelajar wanita yang punya semangat kental, menimba ilmu di perantauan - meskipun gagal peperiksaan, itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus mencuba sehingga berjaya. Kepincangan institusi keluarganya mewajakan ketekunan Fahda Nur untuk berdikari bagi membiayai kos pengajiannya. Sikap berdikari Fahda Nur yang praktikal namun tetap memelihara kesopanan maruah ini bercanggah dengan peraturan kehidupan Muslimah lantas mengundang pemantauan kritis daripada pihak Persatuan Pelajar Malaysia. Dengan sifatnya yang mirip kepada travelog, novel ini menyelami budaya dan adat resam masyarakat Arab di Syria. Pertembungan dua budaya dari bahagian bumi yang berbeza memberi banyak input dan data yang berguna tentang dunia luar. Maklumat ini menjadikan membaca "Baromkeh Matamu di Mataku" amat informatif. ______________________________ Novel ini telah memenangi tempat KETIGA Pertandingan Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (ExxonMobil) 2007 Pertama Warisnya Kalbu Sri Rahayu Mohd Yusop Kedua Tawarikh Cinta Nisah Haji Haron Ketiga Baromkeh Matamu di Mataku Ummu Hani Abu Hassan