
Di Cosmo, naik seorang pemerintah baru. Berkuku besi. Selepas rombakan dalam kabinet pemerintahan, satu pengumuman tergempar dilafazkan. Sejak detik itu, pemburuan sang pesalah dilancarkan. Beberapa kapal angkasa mula meluncur ke sebuah galaksi dengan satu lokasi sasaran. Bumi. Setelah selesai peperiksaan SPM, Bashah dan rakan-rakannya meraikannya dengan bercuti di beberapa lokasi. Sementara itu, Jeneral Suhaimi menemukan sesuatu yang membimbangkan. Beberapa entiti aneh berlegar di langit. Satu lagi penemuan yang dia sendiri sukar untuk terima. Lokasi tapak satu kapal angkasa terhempas tidak jauh dari kampung asal keluarga Bashah. Siapakah Bashah sekeluarga sebenarnya? Apa yang entiti dari angkasa lepas cari di Bumi? Siapa diburu? Siapa yang memburu?