Margins
Margins
Sign in
Margins
Subscribe to our newsletter
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Bedah
Bedah
Series · 3 books · 2010-2016
By
Ikmal Shah
,
Mohd. Shahremy Ikmal
Books in series
#1
Namaku Bedah
2010
Namaku Bedah binti Bedul. Nama indah pemberian ibu dan arwah bapa adalah hasil gabungan nama mereka berdua iaitu Bedul dan Hamidah. Berkali-kali aku meminta daripada ibu supaya dia benarkan penukaran nama. Namun, katanya namaku itu tanda cinta dia dan arwah bapa. Oleh itu, aku tidak dibenarkan sama sekali menukarnya. Bagaimana aku akan mendaftar di kolej dengan nama itu? Gadis secantik aku bernama Bedah! Tidak padan, bukan? Dengan nekad, aku menggunakan nama baru di kolej. Namun, langit tidak selalu cerah. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Hakikatnya, namaku tetap... BEDAH!
#2
Panggil Saya Bedah
2012
Nama saya Bedah binti Bedul. Saya bangga dengan nama saya. Bedah sudah mampu menerima hakikat yang namanya adalah Bedah. Bedah juga seronok dengan nama itu dan hanya mahu dikenali dengan nama Bedah, dan bukan lagi Puteri Anis. Semasa cuti semester, Bedah dan rakan-rakan menimba pengalaman bekerja sebagai penjual insurans. Pelbagai insiden yang berlaku kepada Bedah. Setiap hari Bedah perlu berjumpa dan mencari pelanggan. Setiap kali namanya disebut, pasti menjadi bahan ketawa para pelanggannya. Namun, ada Bedah kisah? Bedah sudah cukup kebal bagi menepis semua itu. Hakikatnya, namaku Bedah... dan panggil saya Bedah. BEDAH!
#3
Namaku Bedah
2016
Namaku Bedah binti Bedul. Nama indah pemberian ibu dan arwah bapa adalah hasil gabungan nama mereka berdua iaitu Bedul dan Hamidah. Berkali-kali aku meminta daripada ibu supaya dia benarkan penukaran nama. Namun, katanya namaku itu tanda cinta dia dan arwah bapa. Oleh itu, aku tidak dibenarkan sama sekali menukarnya. Boleh ke aku lalui kehidupan aku dengan nama Bedah? Aduh, malunya… Hanya Tuhan saja yang tahu. “Saya nak gunakan nama Puteri Anis!” “Puteri Anis? Awak bukannya keturunan raja. Kenapa nak letak perkataan Puteri di pangkal nama awak?” “Saya ingin gunakan nama Puteri Anis. Keputusan saya muktamad!” Boleh tak aku nak tukar nama… nama yang glamor lagi? Bolehlah… Bolehlah… “Terima kasih juga kerana berurusan dengan pihak kami. Semoga Cik Puteri Anis akan gembira nanti.” Nama Bedah akan lenyap dan biarlah hanya bersemadi dalam diriku. Aku juga akan memberitahu emaknya suatu hari nanti tentang perubahan namaku dan harapaku agar emak juga akan menerima dengan hati yang terbuka. Namun, langit tidak selalu cerah. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya aku yang jatuh ke tanah juga. Hakikatnya, sampai bila-bila pun tetap NAMAKU BEDAH!
Authors
Ikmal Shah
Author · 3 books
Mohd. Shahremy Ikmal
Author · 1 book