Margins
Bila Hati Berbahagi book cover
Bila Hati Berbahagi
2022
First Published
4.25
Average Rating
407
Number of Pages

Kisah hati-hati yang terluka, dilukai dan melukakan. “Betul ke CINTA datang pada saat yang paling tak kau duga? Dari orang yang kau tak sangka?” Jia putus tunang saat Muklis ubah koordinat hati. Bila Fahmi dan Taufiq tahu, mereka berkejar hantar rombongan meminang. “Ada seorang Jia saja dalam hidup aku.” – Taufiq “Aku tak jumpa Jia pada perempuan lain yang aku kenal.” – Fahmi Haru biru hidup Jia. Jadi hilang pertimbangan. Ubah rambut hitamnya kepada pink dan akhirnya ungu. “Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, jadinya aku yang mana?” Jia meragui diri. Najmi datang menghulur bantuan saat Jia hilang kerja. Jadi penjaga kucing? Penjaga taman? Jia berusaha bangkit semula. I’m unstopabble! I’m strong! Tapi hidup tidak semudah itu. Bila Hati Berbahagi… pecahannya retak seribu.

Avg Rating
4.25
Number of Ratings
12
5 STARS
42%
4 STARS
42%
3 STARS
17%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Author

Lynn Dayana
Lynn Dayana
Author · 15 books

Lynn Dayana atau nama sebenar beliau Roslinda Mohammad dilahirkan pada 21 November 1973 dan dibesarkan di Batu Pahat, Johor. Berkelulusan dari Universiti Sains Malaysia dalam bidang Management (Major in Marketing, Minor in Advertising). Kini bekerja sebagai District Training Officer di Pizza Hut Rest Sdn Bhd. Beliau sangat meminati penulis-penulis seperti Jodi Picoult, Nora Roberts, Dan Brown, John Grisham, Samsiah Mohd Nor. Jika Benar Cinta ditulis atas dorongan sahabat baik yang kini sudah kembali ke rahmatullah. Dia menjadi editor tidak bergaji. Bermula dengan 7 helai yang dihantar kepada Alaf 21 dan kemudiannya peluang mengikuti kursus, membuatkan saya lebih bersemangat mahu menulis dan berkongsi pengalaman hidup serta rakaman imaginasi yang diharapkan boleh menjadi tauladan kepada peminat dunia novel.

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved