Margins
Black Ghost #UmarAlhaidar book cover
Black Ghost #UmarAlhaidar
2023
First Published
4.39
Average Rating
373
Number of Pages

Saat cita-cita menjadi salah seorang ‘geng pecah pintu’ tercapai, Umar Alhaidhar menyedari bahawa hidupnya sangat dekat dengan kematian. Oleh itu bukan mudah bagi Umar mendedahkan ­identiti kepada orang awam termasuk kepada ­keluarga sendiri. Dia ceria dan perahsia dalam waktu bersamaan. Tapi ketika bersama pasukan, setiap tindakan Umar mengungkapkan ketangguhan mental, tujuan dan tekad yang tak tergoyahkan. Segala parut yang ­terhasil ­daripada latihan intensiti tinggi dan ­operasi ­tersembunyi di sebalik ­uniform Umar. Hanya Megat Adri dan ­sahabat-sahabat Black Ghost yang mengetahuinya. Sumpah perajurit komando yang dilafaz oleh Umar saat dianugerahkan beret hijau, menjadikan dia malas mencari cinta. Walau ada yang menyuakan diri. ­Bukan sembarangan perempuan boleh hidup bersamanya. ­Bertahun-tahun Umar tumpahkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan Rejimen. Sehinggalah dia bertemu seorang gadis. Sekali, tak sengaja. Dua kali, kebetulan. Tiga kali? Umar mula anggap gadis itu jodoh. “Kenapa ak suka komando?” – UMAR ALHAIDHAR “Sebab … ganas, gatal, kanibal! Jangan bagi tahu saya awak komando....” – MIKANADIRA “Tak. Saya ‘askar pekak’.” – UMAR ALHAIDHAR Tapi tuntutan tugas, memaksa Umar terpaksa ­melupakan si ­‘bunga yang wangi dan tercinta’. Setelah para perwira menggadai nyawa ­mempertahankan kedaulatan negara sejak puluhan ­tahun lamanya, ada tangan-tangan ghaib membuka ­pintu kepada para ­bandit. Kuala Lumpur huru-hara. Bagai halilintar, bersama para sahabat ‘Black Ghost’, Umar ­mempertaruhkan nyawa di ­Menara TRX. Mampukah Kumbang menumpaskan musuh, ­melindungi orang awam dan kembali kepada ­bunganya?

Avg Rating
4.39
Number of Ratings
139
5 STARS
50%
4 STARS
38%
3 STARS
12%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Author

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved