Margins
Bramfiel House book cover
Bramfiel House
Rumah Inggeris Bertiang Seri
2020
First Published
4.55
Average Rating
370
Number of Pages

"Rumah takkan lengkap tanpa tiang seri. Tiang seri takkan lwngkap tanpa semangatnya." - KAPTEN BROCK Ceritanya bermula pada tahun 1947 - enam tahun selepas kematian Kapten Brock Bramfield. Selepas Perang Dunia Kedua berakhir, ibu bapa Kapten Brock, Tuan Rupert dan Puan Emmeline tiba di Cameron Highland untuk menghidupkan semula rumah rehat yang dibangunkan oleh anaknya yang diberi nama 'Bramfield House' yang terletak di atas sebuah bukit. Kedatangan mereka diuruskan oleh Winston, sahabat baik Kapten Brock juga pemenang amanah bagi menguruskan Bramfteld House. Namun, masalah bermula sejak malam pertama mereka menginap di rumah tersebut. Gangguan demi gangguan berlaku. Penemuan tulang di perigi belakang rumah dan kematian ngeri orang kampung menimbulkan semula ingatan kepada berberapa kejadian ngeri yang pernah berlaku di situ. Kehadiran ibu bapa Kapten Brock di situ juga menghidupkan semula dendam orang kampung kepada apa yang pernah dilakukan Kapten Brock kepada seorang gadis bernama Basariah. "Dia nak darah manusia." - ANDAK "Musuh Brock bukan seorang. " - WINSTON Rahsia terbongkar, penipuan tersebar. Mampukah Bramfield House dihidupkan semula? Siapa pula yang akan menjadi korban? Setiap senja menjelma, setiap subuh menghilang. Makhluk itu punya kuasa, mematikan nyawa anak Adam yang mencabar kewujudannya.

Avg Rating
4.55
Number of Ratings
82
5 STARS
63%
4 STARS
28%
3 STARS
9%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Author

Maria Kajiwa
Author · 13 books
Camellia dan Maria Qay adalah nama pena lain bagi penulis Maria Kajiwa.
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved