
Menghimpunkan semua karya-karya yang diangkat sebagai pemenang Hadiah Utama dan Penghargaan kategori Cerpen Umum, Cerpen Remaja, Puisi serta rencana Sastera, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2016. Setiap karya masing-masing menampilkan keistimewaan dan kekuatan tersendiri dari segi pemikiran, tema, teknik persembahan serta keindahan bahasa. Selain itu, naskhah ini turut menampilkan laporan Jawatankuasa Panel Penilai HSKU 2016 berkaitan kriteria-kriteria utama yang digunakan dalam menilai setiap karya yang dipertandingkan dan seterusnya diangkat sebagai pemenang . Tidak ketinggalan adalah laporan terhadap karya-karya yang memenangi kategori Novel Remaja dan Cerpen Media Baharu. Naskhah ini wajar dijadikan rujukan untuk anda menghayati contoh-contoh karya yang berkualiti tinggi dan seterusnya menjadi penulis yang berwibawa. Senarai karya yang termuat di dalam antologi ini: CERPEN HADIAH UTAMA Broker Melayu Terakhir: Manderam Omi Relekun, Zainal Rashid Ahmad, Mingguan Malaysia, 9 Oktober 2016 Tribunal- Apologia Pandir, M. Hashim Osman, Mingguan Malaysia, 8 Mei 2016 Bahtera Putih di Sungai Sejarah, Malim Ghozali PK, Mingguan Malaysia, 28 Ogos 2016 HADIAH PENGHARGAAN Bibir T. Alias Taib, Wan Nor Azriq, Mingguan Malaysia, 21 Februari 2016 Kota Peradaban Averroes, A. Muziru Idham, Mingguan Malaysia, 2016 Maharani 1938, Maslina Ngadiman, Mingguan Malaysia, 2016 Sebuah Negeri di Dalam Telinga, Abang Median Abang Said, Mingguan Malaysia, 25 September 2016 Sepanas Marrons Chauds, Maskiah Masrom, Mingguan Malaysia, 24 Januari 2016 CERPEN REMAJA HADIAH UTAMA Cikgu Mei Ling dan Cerita Mei, Husna Nazri, Wanita 2016 Lelaki Marmar Putih, Abd. Razak Rezeki Othman, Mingguan Malaysia, 10 April 2016 Silikon dan Besi, Muhammad Musoddiq Jaafar, Mingguan Malaysia, 17 Januari 2016 HADIAH PENGHARGAAN Demonstrasi Rasa, Siti Nur Hidayah Abdullah, Mingguan Malaysia, 16 Oktober 2016 Janganlah Jauh, Dayangku Mastura, Mingguan Malaysia, 28 Februari 2016 Nasab Andropaus, Nurimas SN, Mingguan Malaysia, 2016 Runtun Kalbu, Wan Marzuki Wan Ramli, Mingguan Malaysia, 26 Jun 2016 Selipar Jepun untuk Amirul Mukmin, Diq Na, Wanita, 2016 PUISI HADIAH UTAMA Comici Subsidio, Raihani M. Saaid, Mingguan Malaysia, 13 Mac 2016 Menakluk Percakapan, Ainunl Muaiyanah Sulaiman, Mingguan Malaysia, 23 Oktober 2016 Merasuk Tubuh Sejarah, Abizai, Mingguan Malaysia, 13 November 2016 HADIAH PENGHARGAAN Di Laman Syaaban, Solihin Osman, Mingguan Malaysia, 29 Mei 2016 Mimpi Sang Kupu-kupu, S.M. Zakir, Mingguan Malaysia, 16 Oktober 2016 Pisau Risau, Nazim Mohd Subari, Mingguan Malaysia, 20 Mac 2016 Sajak kepada Pengebom Berani Mati, Faisal Mat Zawi, Mingguan Malaysia, 10 April 2016 Siapa Sudi Membina Kubu Denganku, Iwan Reaz, Mingguan Malaysia, 10 Januari 2016 RENCANA SASTERA Karya Indie Umpama Grafiti, Azman Hussin, Mingguan Malaysia, 27 Mac 2016 Kejayaan Menumpulkan Pena, Wan Nor Azriq, Mingguan Malaysia, 17 Januari 2016