Margins
Bulan Tak Bermadu Di Fatehpur Sikri book cover
Bulan Tak Bermadu Di Fatehpur Sikri
1966
First Published
3.75
Average Rating
102
Number of Pages

"Isteri sentiasa dalam hati, Zawiah. Isteri tidak boleh luput dari hati. Kesan-kesan sejarah ini hanya pandangan sekali lalu. Abang perlu mencatatkannya untuk jadi kenangan di masa tua nanti..." Mansur lebih mementingkan menulis kesan sejarah daripada mengecap saat manis berbulan madu. Kesempatan di Fatehpur Sikri, mana yang utama? Kesan sejarah atau isteri? Menerusi novel ini, A. Samad Said cuba memerangkap keinginan pembaca. Mengapakah Mansur mengutamakan kesan sejarah daipada isteri yang baru dinikahinya?

Avg Rating
3.75
Number of Ratings
113
5 STARS
26%
4 STARS
33%
3 STARS
33%
2 STARS
9%
1 STARS
0%
goodreads

Author

A. Samad Said
A. Samad Said
Author · 17 books

Abdul Samad bin Muhammad Said atau lebih dikenali sebagai A. Samad Said ialah Sasterawan Negara 1986. Beliau juga pernah dianugerahkan dengan "Anugerah-anugerah Menulis Asia Tenggara" (SEA Write Awards). Dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka, A. Samad mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946) dan Institusi Victoria, Singapura (1956). Seorang yang berminat dalam penulisan sejak di bangku sekolah, beliau telah menulis banyak karya yang terkenal, termasuknya novel-novel berikut: * Salina * Langit Petang * Sungai Mengalir Lesu * Hujan Pagi * Bulan Tak Bermadu di FatehpurSikri. * Adik Datang * Cinta Fansuri Antara antologi puisinya ialah Suara Dari Dinding Dewan (2003), Dirgahayu Dr. Mahathir dan Rindu Ibu (2004). Antologi Esei terbaru adalah Ilham Di Tepi Tasik (2006). Datuk A.Samad Said pernah juga menggunakan nama pena Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir. (Sumber: Wikipedia)

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved