
SAKSI - ZAIFU ZAMAN Darlina dan teman-temannya yang menyewa sebuah rumah kampung kerap memgalami kejadian pelik dan menakutkan. Usaha untuk berpindah juga menemui jalan buntu kerana tiada rumah kosong lain. Suri yang dikenali oleh Darlina mula mengatakan yang semua kejadian itu ada kaitannya dengan Bakar dan kehilangan Delima. Mampukah Darlina membongkar cerita yang sebenarnya? Bagaimana pula Suri tahu akan kehilangan Delima dan niat buruk Bakar? “Kenapa dengan Pak Bakar?” - DARLINA “Dia tak macam apa yang akak sangkakan.” – SURI CINTA SANG PUTERI - SAIDEE N AZAM “Bunian ada yang tidak beragama, ada yang memeluk agama Islam. Ada bunian jin ada bunian dari keturunan anak Nabi Adam seperti kita juga. Waktu alam bunian berbeza. Ada kaum itu alamnya bergerak perlahan, amat perlahan. Di dunia nyata sudah sebulan berlalu, tetapi di alamnya baru tiga hari.” KELIBAT- AZMEER SHAH Penemuan mayat di Gunung Jerai mengheret Detektif Khairrudin menyelami kes kehilangan mangsa yang telah hilang 5 tahun lepas ketika mendaki gunung itu. Hasil siasatannya membawa dia bertemu Aziz, anggota polis yang bertanggungjawab mengendalikan kes kehilangan Iskandar dahulu sebelum kes itu ditutup. Dari situ, Aziz menceritakan semuanya. Apa yang berlaku pada Iskandar? Bagaimana mangsa boleh hilang dan ditemui semula selepas 5 tahun? Adakah Iskandar secara tidak sengaja termasuk ke dalam bunian?
Authors

Azmeer Syahiran atau nama penanya Azmeer Shah seorang penulis baru dalam dunia penulisan kreatif. Lahir pada 15 ogos 2000 dan merupakan anak jati Perak. Ibu dan bapanya juga dari Perak. Azmeer Shah merupakan seorang pelajar ijazah sarjana muda Penulisan Kreatif dan Filem di Akedemi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara). Setakat ini, cerpen Stalker, Potret, Circle dan Alternatif diterbitkan di aplikasi Cereka. Antologi Jalan Puaka dan Istana Syaitan diterbitkan Karya Publika dan novel solo pertamanya diterbitkan Million Idea bertajuk Cicada. Cerpen berkonsep / interaktif bertajuk Hazard diterbitkan Mesta. Terbaharu, antologi novelet Bunian diterbitkan di bawah terbitan Karya Publika. NON-READER BECOME WRITER Dahulunya, Azmeer seorang yang tidak gemar membaca. Namun ketentuan itu milik ALLAH. Perkara yang tidak digemarinya itu kini menjadi hobi dan merupakan cita-cita utamanya sekarang. Dia berimpian untuk mendapatkan 'gelaran' tersendiri di dalam dunia penulisan novel. Tanggapannya dahulu, pekerjaan penulis tidak ada masa depan apatah lagi menulis novel. Tapi sekarang, perkerjaan penulis itulah yang dikejarnya. Dia percaya, masih ada manusia di luar sana sepertinya. Seorang yang dahulunya tidak suka membaca dan akhirnya menjadi penulis. Kerana itulah, Azmeer mengelarkan dirinya sendiri 'Non-reader become writer'.