
Dalam dunia ini hanya tiga orang lelaki Cahaya kagumi. Tan Sri Hamid, Ziyad dan lelaki yang kini jadi suaminya, Deen. Deen, lelaki itu pilihan datuknya. Jujurnya pilihan dia juga. Tapi Deen, dalam terpaksa menikahi Cahaya ada rancangan telah disusun. Dia dan Cahaya hanya akan menikah selama setahun. Selepas itu mereka akan berpisah. Di sebalik Deen yang sempurna, ada masa lalu yang cuba Deen sembunyikan. Masa lalu yang hanya Deen dan ‘dia’ yang tahu. Hatta kawan baiknya tiada seorang yang tahu rahsia itu. Deen yang mereka kenali adalah lelaki baik yang tak punya masa lalu yang buruk. Namun masa lalu yang cuba ditutup berjaya dibongkar Cahaya . “I dah berubah. Dah lama. Lepas umi dan abi meninggal I dah tak buat benda tu semua. I dah bertaubat.” - Deen “Sebab kau dah bertaubat kau rasa kau dah cukup baik? Kau rasa kau dah baik sangat untuk kau minta perempuan yang baik-baik dengan TUHAN? Kau rasa kau layak dapat perempuan yang lagi baik daripada aku?” – Cahaya Enam bulan usaha Cahaya sia-sia. Deen tak akan pernah cintakan perempuan sepertinya. Kalau memang Deen tak sudi, untuk apa Cahaya tunggu lagi? Cahaya leih rela dilepaskan daripada hidup dengan lelaki yang dibayangi masa silam. “Tak perlu setahun, sekarang pun you boleh lepaskan I. I tak peduli dengan kontrak kita. I nak bersama dengan lelaki yang cintakan I.” – Cahaya. “Tidak, Cahaya. Kontrak ini akan kekal setahun macam yang kita dah bincangkan. Atau you nak I minta bantuan datuk untuk jinakkan you?” – Deen “Yaya ada perjanjian dengan datuk. Yaya dah lupa? Deen tau Munsyi. Pilih satu” - Tan Sri Hamid. Datuk sialan! Suami tak guna! Masa depan Cahaya jadi galang gantinya. Cahaya tak ingin datuk atur hidupnya. Apatah lagi diatur dengan lelaki bernama Munsyi. Dia tak ingin tunduk pada Deen mahupun datuk. Dia mahu buktikan dia sudah jadi Cahaya yang tak bisa digoyah orang. “You cintakan I, Deen?” Bibir Deen yang terus bisu jadi jawapan untuk soalan Cahaya. Sekuat apa pun dia berusaha dia tak akan bisa menembusi hati seorang lelaki yang bernama suami. “Lepaskan I, Deen. Mari akhiri semua perhubungan palsu ini.” Kata perpisahan diminta Cahaya. Namun tegakah Deen melepaskan? Dan benarkah selama ini Deen bercinta dengan kenangan. Rela melepaskan masa depan demi hidup dalam bayangan masa silam. Lalu bagaimanakah pengakhiran kontrak mereka? Bahagia sampai syurga atau berhenti hanya di dunia?