
Anda selalu resah-gelisah seperti ada kabut dalam kepala? Atau dada sentiasa berdebar menahan rindu-dendam? Rasa tak keruan. Bosan. Ah. Jangan risau. Kami ada penyelesaiannya! DIAGNOSIS: Sakit Hati RAWATAN: 1) Tablet Senyuman Glucose (500mg) 1 biji sebelum makan 3 kali sehari untuk sebulan. 2) Krim Usapan Manja disapu nipis 2 kali sehari pada perut dan dahi untuk sebulan. 3) Ubat kumur Ketawa Gargle 2 kali sehari (bangun pagi dan sebelum tidur) untuk sebulan. Dan paling penting… 4) Senaskhah CAKAR AYAM SEORANG DOKTOR 2.0 dibaca tiga kali sehari selama sebulan. Mudah-mudahan hati anda terubat!
Authors

Mantan Minggu Penulis Remaja 2000 dan Pengasas/Ketua Penasihat Grup Karyawan Luar Negara. Pernah menulis dan mengarahkan teater 'Mencari Jalan Pulang' di Dublin pada tahun 2005. Menulis dalam genre puisi, cerpen, dan artikel yang tersiar dalam pelbagai media cetak dalam dan luar negara serta termuat dalam lebih 30 antologi bersama. Puisinya 'Al Andalus Menangis' terpilih salah satu teks sastera elektif SPM 2010. Memenangi beberapa anugerah sastera seperti Hadiah Sastera Siswa, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan, dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia.