
Ini rahsia yang telah lama kami simpan. Syhhhh…! Jika anda ke hospital pasti akan ternampak mereka yang berbaju putih. Mukanya naïf. Rajin. Baik. Peramah. Sesekali menggentel kepala stetoskop yang tergantung di leher. Sesekali menulis-nulis di dalam kad rekod pesakit. Kelihatan nerdy dan ulat buku. Ya lah, para doktor itu lah. Sebenarnya ada rahsia yang tersembunyi di sebalik watak innocent mereka. Seperti Clark Kent menyembunyikan baju ‘S’ ketat di balik kemeja dan cermin matanya. Seperti Peter Parker menyembunyikan sawang labah-labah dalam tubuhnya. Atau Bruce Wayne yang menyembunyikan mengantuknya kerana berjaga malam menyamar jadi kelawar. Mereka ini juga sebenarnya ada kuasa tersembunyi. Super-power yang selama ini dijaga rapi selama bergenerasi. Tapi ini rahsia tau. Syhhhh…! Kuasa apa? Ish… Kalau nak tahu, cuba belek naskhah ini. Dari depan hingga belakang… pasti akan berjumpa. Ini rahsia tau.
Authors

Mantan Minggu Penulis Remaja 2000 dan Pengasas/Ketua Penasihat Grup Karyawan Luar Negara. Pernah menulis dan mengarahkan teater 'Mencari Jalan Pulang' di Dublin pada tahun 2005. Menulis dalam genre puisi, cerpen, dan artikel yang tersiar dalam pelbagai media cetak dalam dan luar negara serta termuat dalam lebih 30 antologi bersama. Puisinya 'Al Andalus Menangis' terpilih salah satu teks sastera elektif SPM 2010. Memenangi beberapa anugerah sastera seperti Hadiah Sastera Siswa, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan, dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia.


