
Nak kurus? Nak sihat? Nak awet muda? Tidak. Kami tidak jual ubat atau suplemen. Bukan semua ubat dalam bentuk pil. Apa yang anda perlukan hanya disiplin, tekad dan sasaran - juga diet dan senaman! Pemakanan dan senaman. Dua ‘ubat ajaib’ untuk kesihatan. Organik, halal, dan tiada bahan kimia, bahkan diamalkan sejak turun-temurun. Terbukti untuk hampir semua penyakit. Tak perlu belanja besar. Tak perlu testimoni. Tak perlu ejen atau stokis. Siapa kata doktor-doktor hanya tulis preskripsi? Di klinik kadangkala 70% daripada masa konsultasi hanya untuk membebel pasal: “Pakcik, jaga makan!” “Makcik, banyakkan senaman!” Tunggu apa lagi. T-shirt, siap! Seluar trek, siap! Stokin dan kasut, siap! Jom kita... err, aduh, memulas perut pula!
Authors

Mantan Minggu Penulis Remaja 2000 dan Pengasas/Ketua Penasihat Grup Karyawan Luar Negara. Pernah menulis dan mengarahkan teater 'Mencari Jalan Pulang' di Dublin pada tahun 2005. Menulis dalam genre puisi, cerpen, dan artikel yang tersiar dalam pelbagai media cetak dalam dan luar negara serta termuat dalam lebih 30 antologi bersama. Puisinya 'Al Andalus Menangis' terpilih salah satu teks sastera elektif SPM 2010. Memenangi beberapa anugerah sastera seperti Hadiah Sastera Siswa, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan, dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia.


