
Mengahwini Syed Zaqef adalah satu keterpaksaan buat Dian Antasya. Zaqef itu tunangan Ferra, wanita yang telah dianggap seperti adik sendiri. Tapi hanya kerana peristiwa hitam di bumi China, dia terpaksa memasuki zon larangan. Nasib menyebelahi Dian kerana dia tidak mengandung dan dia mula menuntut janji dari Zaqef. “I tengah tunggu bila you nak lepaskan I. Bukan susah pun lafaz ceria tu.” - Dian “I kena fikir banyak kali sebab you yang menyebabkan I hilang teruna.” - Zaqef Zaqef pula terlalu banyak dalihnya. Tak ada bicara manis dan lafaz cinta tetapi Zaqef tiba-tiba mahu umumkan pada semua tentang status mereka. “You beritahu semua orang, you tak akan jumpa I lagi.” – Dian Pendirian Dian menyulitkan keadaan. Apatah lagi bila Ferra mahu cepatkan tarikh pernikahan. “I boleh saja kahwin dengan Ferra kalau you mahu.” -Zaqef. “Kita berpisah cara baik.” - Dian “Berpisah dan lepaskan you tak ada dalam perancangan hidup, I.” Zaqef Tiada jalan mudah buat mereka untuk menyentuh bahagia kerana semua pilihan yang ada harus mengorbankan banyak hati. Persoalannya, Zaqef sebenarnya cintakan siapa? Si isteri, Dian Antasya atau si tunang, Ferra Nabila?