Margins
Cerita Akhir Tahun book cover
Cerita Akhir Tahun
2012
First Published
4.04
Average Rating
300
Number of Pages

Sebuah antologi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011 yang menghimpunkan sembilan buah cerpen remaja hasil sentuhan penulis daripada pelbagai latar belakang yang telah dinobatkan sebagai pemenang. Karya-karyanya berlatar luas, bernuansa serius dan santai, malah licik dengan pelbagai teknik yang bugar. Subjeknya tidak terlingkar dalam ruang sempit, malah terpercik ke serata bumi Tuhan . Soal jati diri dan keperibadian, resam hidup dan budaya, adat dan tradisi, malah sorotan isu dan sejarah menjadi segar di tangan penulis-penulis ini. Melalui garapan lincah dan bersen, persoalan yang dibangkitkan menjentuk intelektualiti remaja. Laporan Panel Penilai Kategori Cerpen Remaja *Hadiah Utama Bakau Tetap Teguh, Dayangku Mastura Mingguan Malaysia, 17 April 2011 Talia dan Raksasa Qadqad, Zaniffa Azzura Abdullah Mingguan Malaysia, 20 Mac 2011 Tukang Sejarah, Husna Nazri Mingguan Malaysia, 9 Oktober 2011 *Hadiah Penghargaan Banjir di Mata Emak, Che Soo Ismail Mingguan Malaysia, 23 Januari 2011 Cerita Akhir Tahun, Zainal Rashid Ahmad Harmoni, 1 Disember 2011 Harum Kasih Daun Lirik, Dayangku Mastura Wanita, April 2011 Kalbu Adam di Tahun Baru, Husna Nazri Mingguan Malaysia, 11 Disember 2011 Kuih Bakul Limau Mandarin, Mohd Helmi Ahmad Mingguan Malaysia, 1 Februari 2011 Menuai Emas, Salina Ibrahim Mingguan Malaysia, 20 November 2011 Penyelenggara : Rozlan Mohamed Noor & Wan Faizahtul Hilir Yasak

Avg Rating
4.04
Number of Ratings
26
5 STARS
31%
4 STARS
50%
3 STARS
12%
2 STARS
8%
1 STARS
0%
goodreads

Authors

Zainal Rashid Ahmad
Zainal Rashid Ahmad
Author · 18 books
Zainal Rashid Ahmad (ZRA) mencipta nama pada tahun 1990-an dengan cerpen-cerpen bernuansa eksperimental yang menjurus kepada menggabungkan sastera Melayu moden dan sastera Melayu lama. Zainal memenangi deretan anugerah sastera terutamanya Hadiah Sastera Utusan, Hadiah Sastera Perdana, Hadiah Sastera Islam dan pelbagai anugerah peringkat kebangsaan. Sehingga kini Zainal telah menghasilkan dua buah kumpulan cerpen iaitu Alkisah (2012) dan Yang Tercinta (2012). Zainal mempunyai pengalaman luas sebagai wartawan; pernah bertugas di Utusan Melayu, Astro, NTV7 dan TV3. Zainal turut menerima Anugerah Seri Angkasa 2004, Anugerah Media Pertahanan 2009, Anugerah Dokumentari Terbaik 2010 dan pelbagai anugerah PPFM sebagai Pengarah dan Penulis Skrip Terbaik. Kini Zainal merupakan Pengurus Besar, Jabatan Penerbitan sosial, Politik & Ekonomi TV Al-Hijrah. (2014)
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved