Margins
Cerita Kehidupan book cover
Cerita Kehidupan
2014
First Published
4.00
Average Rating
185
Number of Pages

CERITA KEHIDUPAN - Kisah sebuah keluarga yang tinggal di bandar besar bersama dengan tujuh orang anaknya yang masih bersekolah, Si Ayah pemandu teksi, si ibu buat kuih untuk dijual. Duduk pula di rumah pangsa yang hanya ada dua buah bilik. Anak sulong tidak berapa pandai dalam pelajaran dan akhirnya bekerja di sebuah restoran sebagai pembantu kedai. Tanam azam untuk menyambung pelajarannya semula. Anak yang kedua bercita-cita besar untuk menjadi pemimpin negara, katanya nak jadi pemimpin negara kena pimpin keluarga dan rakan-rakan di sekolah dahulu. Anak sulong nyaris jadi KELDAI DADAH, nasib baik mendapat kawan yang baik dan menasihatinya buat laporan polis. Akhirnya dalang tersebut berjaya ditangkap. Bagaimana dia melakukannya? Kenalah baca karya ini. Anak ketiga agak malas belajar tetapi sayangkan keluarga, akhirnya berubah. Bagaimana cerita ini berkembang? Hendak tahu? Dapatkan buku di Koperasi Dewan Bahasa Pustaka. Novel remaja pertama tulisan saya yang memenangi Sayembara menulis novel remaja dan kanak-kanak anjuran Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka. Alhamdulillah, karya ini juga telah masuk ke Perpustakaan Desa seluruh negara. Apa yang ingin saya sampaikan dalam karya ini? Bukan ingin mengajar tetapi berharap biar miskin harta jangan miskin semangat. Biar tak berduit jangan jual maruah dan harga diri anak-anak bangsa sendiri.

Avg Rating
4.00
Number of Ratings
2
5 STARS
50%
4 STARS
0%
3 STARS
50%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Author

Asmah Hashim
Asmah Hashim
Author · 3 books

KARYA YANG TELAH DITERBITKAN: NERACA NISA' : Terbitan DBP 2018 ANTOLOGI CERPEN KANAK-KANAK TERIMA KASIH IBU : Terbitan DBP 2018 ANTOLOGI CERPEN DI BAWAH TULIP MERAH : Terbita ITBM/Yayasan Usman Awang 2018 KUTEMUI SINAR ITU : Terbitan DBP 2017 ( Novel ) BIOGRAFI SITI JASMINA : E- Klik DBP 2016 ( Ruangan Bakat) CABARAN DUNIA PENULISAN HARI INI : E- Klik DBP 2016 ( Ruangan Berita) ADUH, PENING! : Alaf 21 2016 ( Novel ) Kolaborasi Cerpen 49 penulis : Komplot Penulis – Antologi cerpen (2015) Kolaborasi Cerpen 50 penulis : KAPUR KASUT VS KAPUR TULIS - Antologi cerpen (2015) CERITA KEHIDUPAN : Memenangi tempat kedua sayembara menulis NOVEL REMAJA DAN KANAK-KANAK KOPERASI DBP ( 2014) TOLONG CARI SUAMIKU : Alaf 21 ( 2014) AKU TURUT BAHAGIA : Alaf 21 ( 2013) MAAFKAN RINA : CERPEN –MINGGUAN WANITA (2015) IMPIAN SEGUNUNG INTAN – CERPEN – MAJALAH WADAH SISWA (2014) DOA DAN AIR MATA ( FARDHU AIN- EDISI 15-2012) RAHSIA MALAM PENGANTIN ( CERPEN) - MAJALAH WANITA 1999 ~ ( UTUSAN) AKHIRNYA DIA KE TANAH SUCI ( CERPEN)- AL-ISLAM 1999 ( UTUSAN) BIARLAH DIA PERGI (CERPEN)- SURATKHABAR UTUSAN MELAYU 2002 (JAWI) KALAU DAH JODOH (CERPEN) – URTV 1999 (UTUSAN) WARKAH UNTUK MAMA (CERPEN) – URTV (UTUSAN) RELA BERMADU (CERPEN) – 2002 URTV ( UTUSAN) AYAH OH AYAH (CERPEN) –SURATKHABAR UTUSAN MELAYU 2002 (JAWI) MASIH ADA BAHAGIA ( CERPEN)- 2000 URTV (UTUSAN) GILIRAN BALIK RAYA (CERPEN)- 2000 WANITA ( UTUSAN) RINDU EMAK (CERPEN) –WANITA 1999 ( UTUSAN) KERANA CINTA ( CERPEN) – 2000 URTV (UTUSAN) Boleh juga lawati Blog saya : https://pnasmahhashim.blogspot.my/201...

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved