Cerita bermula apabila Mat Jenin jatuh daripada pokok kelapa akibat berangan-angan. Mat Jenin berasa sedih dan menyesal kerana sering berangan-angan. Pak Usop datang memujuk Mat Jenin dan menyatakan bahawa angan-angan itu bagus jika kita berusaha untuk mencapainya. Apa yang terjadi kepada Mat Jenin? Adakah apa yang diangan-angankannya menjadi impian?