Margins
Cerita Satu Malam book cover
Cerita Satu Malam
2013
First Published
3.64
Average Rating
544
Number of Pages

Mengisahkan Rizal yang baru bekerja di sebuah bangunan di pinggir kota Kuala Lumpur. Pada suatu malam, dia terpaksa pulang lewat kerana tugasnya. Apabila selesai bertugas, dia turun ke bawah untuk pulang. Namun apabila tiba di lobi, dia dikejutkan dengan kejadian seorang lelaki jatuh dari tingkat atas bangunan. Ketika dia tergamam itu, dia telah ditegur seorang pengawal keselamatan bernama Kadir. Melalui Kadir, dia telah diberitahu bahawa bangunan itu sebenarnya keras. Kadir menceritakan tiga kejadian yang pernah berlaku di dalam bangunan itu.Kisah Jennifer yang mengandung anak teman lelakinya telah mencari jalan singkat dengan terjun dari bangunan. Tandas di aras tujuh bangunan itu dikatakan berhantu berikutan kedengaran suara tangisan seorang perempuan dan ada kejadian ngeri. Terdapat juga kisah nasib pengawal keselamatan yang turut diganggu dengan sesusuk tubuh lelaki tanpa kepala.Rizal menjadi kalut mendengar cerita Kadir. Dia akhirnya meminta diri untuk pulang kerana waktu semakin lewat. Ketika dia keluar dari lobi, dia sempat melihat mayat yang terbujur di depan bangunan. Rizal bertambah terkejut apabila melihat wajah lelaki yang mati itu ialah Kadir. Jadi… dengan siapa dia bercakap tadi? “Tapi abang tak bohong. Memang macam-macam ada dalam bangunan ni. Jumpa dengan tidak aje.” – Ayob “Saya boleh buktikan yang kematian gadis-gadis di dalam tandas ni ada kena-mengena dengan puaka yang mendiami tempat ni.” – Shira

Avg Rating
3.64
Number of Ratings
88
5 STARS
30%
4 STARS
22%
3 STARS
36%
2 STARS
8%
1 STARS
5%
goodreads

Author

Zaifu Zaman Ahmad
Author · 7 books
Anak kelahiran Muar, Johor ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Panglima Adnan, Port Dickson sebelum meneruskan pengajiannya di Sekolah Menengah Sri Rusa, Port Dickson dan Sekolah Menengah Tengku Mahkota, Muar, Johor. Minatnya dalam penulisan kreatif bermula sejak di bangku sekolah lagi. Pada mulanya, dia menulis hanya untuk main-main sahaja tetapi apabila mendapat galakan dari ibu bapa dan kawan-kawan, barulah beliau berani menghantar karya-karya ke syarikat-syarikat untuk diterbitkan. Beliau telah melibatkan diri dalam bidang penulisan novel bermula pada tahun 1994.
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved