
Part of Series
A selection of the 18 best Malaysian short stories of 2014, as chosen by the novelist/critic Wan Nor Azriq. Planned as the first part of an annual series. List of stories: Kelab Malam—Mim Jamil Di dalam Mulutnya Ada Kota—Roslan Jomel Bakso—Sijasad Hujan Keruh Di Jogja—S. M. Zakir Anak-Anak Seni—Kamal Ishak Star Trek: The Relation Ship—Sinaganaga Kiri Kopilasi-Kecil—Khairul Muttaqin Gadis Basah—Laurent Metzger Tiada Kota di Dasar Cawan—Ainunl Muaiyanah Sulaiman Oil Crisis—Terence Tang Disosiasi—Khairil Idham Ismail Insomnia di Rumah Terbalik—Lee Kok Chih Basikal Terbang Dan Misteri Kematian Profesor Jabbar—Ruhaini Matdarin Nafas-Nafas Terakhir—Ehsan El Bakri Patung—Mohammad Zakri Zakaria Perempuan yang Pulang ke Lautan—Johan Radzi Best Kept Secret—Julya Oui Ceritera—Mohd. Fadzil Yusof
Authors

Lee Keok Chih dilahirkan pada 28 April 1962 di Selising, Kelantan. Lee Keok Chih mendapat pendidikan awal di SRJK (C) Khay Boon di Rantau Panjang sebelum meneruskan pelajarannya di Sekolah Menengah Rantau Panjang. Lee Keok Chih mula membabitkan dirinya dalam dunia kesusasteraan sejak berada di sekolah rendah lagi. Sajak pertamanya tersiar di dalam Medan Pelajar. Sajaknya "Tiga Kali Terima Kasih" turut tersiar di dalam majalah Dewan Sastera ketika beliau masih berada di tingkatan empat. Lee Keok Chih, salah seorang penerima biasiswa daripada Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan Kejuruteraan Marin. Jawatan jurutera perkapalan yang disandang ketika itu membawanya mengembara ke serata dunia. Beliau memiliki kelulusan taraf Kejuruteraan Marin Kelas Pertama selain memiliki ijazah sarjana teknologi maklumat. Dalam bidang kesusasteraan, beliau banyak menghasilkan puisi dan cerpen. Karyanya pernah dimuatkan dalam Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Bacaria, Watan, Mingguan Wanita, Utusan Pengguna, Utusan Zaman, Mastika, Jelita, Dewan Siswa, Dewan Sastera dan Dewan Masyarakat. Beliau juga pernah menghasilkan novel remaja berjudul Cinta dan Dendam terbitan Karangkraf (M) Sdn. Bhd dengan menggunakan nama pena Ardi Amin. Lee pernah memenangi Hadiah Sastera Sin Chew Jit Poh dan Hadiah Sastera Utusan - Public Bank. Kini beliau merupakan pengurus besar di sebuah syarikat perundingan. Walaupun sibuk dengan pengurusan dan sering berada di luar negara, beliau masih mampu menerbitkan beberapa kumpulan puisi. Antara kumpulan puisi Lee Keok Chih ialah 2002 dan Di Pinggir Semenanjung. Cerpen-cerpen beliau pula telah dibukukan di dalam kumpulan cerpen persendirian, Insomnia.

S.M. Zakir nama penuhnya Syed Mohd Zakir bin Syed Othman dilahirkan pada 4 Februari 1969 di Kota Bharu, Kelantan. Dibesarkan di Pulau Pinang dan Selangor. Kini menetap di Selangor. Menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tengku Indera Petra, Kota Bharu, Kelantan hingga darjah empat; Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor, Pulau Pinang; seterusnya ke sekolah menengah Penang Free School, Pulau Pinang; Sekolah Menengah Bandar Baru Bangi dan menamatkan persekolahan di Sekolah Menengah Tinggi Kajang. Melanjutkan pelajaran ke Institut Teknologi MARA dan Institute of Commercial Management, Bournemouth, England. Mula menulis pada tahun 1990 dan sehingga sekarang telah menerima puluhan anugerah sastera termasuk Hadiah Sastera Perdana kategori kumpulan cerpen 1994/95 (Merengkuh Langit, DBP 1995) dan Anugerah Sastera Kelantan kategori Buku Kumpulan Cerpen (Sekuntum Kembang di Sayap Jibril, PPN 2001). Antara anugerah sastera tersebut ialah Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Hadiah Sastera Utusan-Public Bank, Hadiah Sastera Utusan-ExxonMobil, Hadiah Sastera DBP-Maybank, Hadiah Sastera 100 tahun Kuala Lumpur DBP-DBKL, Hadiah Formula Malaysia dan Anugerah Sastera Negeri Kelantan. Pernah dihantar oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai peserta ke ASEAN Youth Writer’s Conference/Workshop di Bayview Hotel. Pulau Pinang, Disember 1992 dan Bengkel Cerpen MASTERA di Bogor, Indonesia 11-17 Oktober 1998. Bidang penulisan yang diceburi ialah cerpen, esei, sajak dan novel yang antaranya disiarkan di majalah Dewan Sastera, Dewan Budaya, Dewan Masyarakat, Pelita Bahasa, Bahasa, Dewan Siswa, Jurnal Perisa, Jurnal Malay Literature, Jurnal Pangsura, Milenia Muslim, Pentas, akhbar Berita Minggu, Berita Harian, Utusan Melayu, Utusan Zaman, Mingguan Malaysia dan pelbagai akhbar serta majalah lagi. Buku-buku yang diterbitkan ialah novel remaja Di Bawah Lembayung (DBP. 1991), novel klasik Kembang Kanigara (DBP. 1992), kumpulan cerpen Merengkuh Langit (DBP. 1995), kumpulan cerpen-mini Fatamorgana (Sasbadi. 1997), kumpulan cerpen Sekuntum Kembang di Sayap Jibril (Penerbitan Pustaka Nusa. 2001), kumpulan cerpen Menyirat Nirmala (DBP. 2004), kumpulan cerpen Sekeping Ruh di Atas Bantal (PPN2005), kumpulan sajak Memburu Malaikat (PPN 2007), kumpulan sajak Sajak-sajak Petualang: Manusia Cinta (PPN, 2009) dan sebuah buku biografi edisi mewah iaitu Seniman Negara ke-7 Datuk (Dr) Ahmad Nawab (JKKN. 2008). (Sumber: http://www.suaramalaysia.net/index.ph...)

Karya beliau seperti cerpen dan puisi disiarkan dalam akhbar dan majalah seperti Berita Harian, Mingguan Malaysia, Harian Metro, Tunas Cipta, Dewan Sastera, Dewan Bahasa, Dewan Siswa, Fokus, URTV, Mutiara Minda dan Pentas. Puisinya pernah diterbitkan dalam antologi Karya Sasterawan 2011 (PENA, 2011), Takah 50 (PENA, 2011), Koleksi Puisi (Balai Seni Visual Negara, 2012), Eksotikata (2014). Cerpennya juga dimuatkan dalam Antologi Cerpen Indonesia-Malaysia (ITBM & Yayasan Obor, 2013) serta dipilih dalam Cerpen Terbaik 2014 (Fixi, 2015) Beliau telah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2012 (kategori puisi eceran) melalui puisinya "Mimpi dari Sebuah Lukisan Ilusi" dan pemenang utama kategori puisi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2013 dengan puisi berjudul "Berbagi Puisi". Manakala buku pertamanya ialah Sepetang di Kafe Biblioholic (JS Adiwarna, 2013) telah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2013 dalam kategori novel remaja. Beliau boleh dihubungi di ainunl.muaiyanah@gmail.com serta tulisannya boleh diikuti di http://ainunlmuaiyanah.com
