Margins
CERPEN book cover
CERPEN
2012
First Published
4.12
Average Rating
231
Number of Pages

Buku CERPEN ini menghimpunkan 17 cerita pendek dan juga 3 skrip filem pendek yang dihasilkan oleh Nadia Khan. Kebanyakannya ditulis dan diterbitkan di pelbagai majalah dan akhbar sebelum novel sulungnya KELABU muncul pada Disember 2011. Cerita-cerita dalam kumpulan ini banyak berkisar tentang cinta, keluarga, sahabat dan kerjaya. Turut diselitkan cerpen-cerpen yang diilhamkan oleh hidup penulis sendiri sebagai pelajar dan orang yang berkhidmat dalam bidang perubatan dan pendidikan. Blurb : “ Memandangkan ' Buku Fixi ' bukan sebuah syarikat rakaman dan tak berupaya memenuhi impian aku untuk menerbitkan album kompilasi, maka terhasillah buku kumpulan cerpen ini. Walaupun namanya kumpulan cerpen, aku telah berjaya memperdaya ' Buku Fixi ' dengan menyelitkan 3 buah skrip filem pendek dalam buku ini, dengan harapan ada mana-mana pihak yang bermurah hati untuk menerbitkannya. Di permulaan setiap karya, aku selitkan sedikit cerita di sebalik karya itu sendiri. Ala-ala The Making Of gitu, tapi dalam bentuk penulisan. Maka dengan perasaan yang sangat retis, aku hidangkan kumpulan cerpen ini buat santapan di kala santai. ” - Nadia Khan - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 17 short stories and 3 short film scripts by the author of the bestselling novel KELABU, some of which draw on her experience as a medical student and tutor in that field. _______________ Novelis : Nadia Khan Nadia Khan atau nama surat beranaknya Nadia Binti Mohamad Hatta mula mengganggu hidup ahli keluarga dan sahabat-sahabat dengan penulisannya sejak di bangku sekolah lagi. Tak cukup dengan itu, ketenteraman sejagat juga mula diganggu sebaik sahaja penulis ini tamat pengajian sebagai seorang doktor perubatan, dan mula menerbitkan novel bersiri di kapasitor.net dan cerpen-cerpen di media cetak. Namun kekacauan sebenar bermula ketika novel pertamanya, KELABU, diterbitkan oleh Buku Fixi. Kini bekerja sebagai tutor di sebuah fakulti perubatan, penulis ini berazam untuk terus menghantui hidup semua dengan hasil penulisannya. Rekabentuk/letak kulit : teckhee.blogspot.com Perunding : Hani Amira Suraya Cetakan Pertama : September 2012 Cetakan Kedua : November 2012 Cetakan Ketiga : Februari 2013 _________________ Cerpen Puaka Pak Jaha disiarkan dalam Mingguan Malaysia, 27/9/09, tersenarai antara pemenang Hadiah Utama, kategori Cerpen Remaja HSKU 2009 . -

Avg Rating
4.12
Number of Ratings
830
5 STARS
40%
4 STARS
37%
3 STARS
18%
2 STARS
3%
1 STARS
1%
goodreads

Author

Nadia Khan
Nadia Khan
Author · 13 books
Nadia Mohamad Hatta, or Nadia Khan, graduated with M.B.B.S. in 2009 and is now a part-time tutor,full-time writer and all-time procrastinator. Also on her plate is wannabe philosopher slash filmmaker, but not yet cooked to perfection. Discovered by Buku Fixi after winning a national script-writing competition, she had her first novel Kelabu published in 2011. This was followed by her short stories anthology aptly named Cerpen (2012) which also included her contribution to another short stories anthology entitled Kopi (2012). Her first script to be made into a telemovie was 'Aku, Dia dan Tong Sampah', produced by Playground Productions. Currently tutoring a medical faculty at a Malaysian university, she is also pursuing her Master's degree in Psychology.
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved