
Buku terbaru karya Ustazah Fatimah Syarha ini bertajuk 'KAU TERBELA SEBAGAI MUSLIMAH' di datangkan dengan 3 SIRI. Siri Pertama ini bertajuk 'Cik Abang, Sudi Nikah Satu?' Buku ini membincangkan tentang topik kekeluargaan berteraskan Fiqh al-Awlawiyat. Dalam serba keterbatasan, umat berhajat kepada kebijaksanaan para ilmuan untuk mengajar tentang Fiqh al-Awlawiyat. Iaitu mengajar umat bagaimana meletakkan segala sesuatu pada tangga dan peringkatnya yang sebenar dengan pertimbangan keadilan, samada mengenai perbuatan, pemikiran, hukum-hakam dan nilai-nilai akhlak mulia. Ya, sudah tentu ada khilafnya nanti. Apapun, the best will win. Kita mahukan segala perkara diletakkan pada kedudukan dan tempatnya secara adil tanpa ada mana-mana bahagian yang diabaikan atau dirugikan. Firman Allah : “Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan). Supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu.” [Surah al-Rahman: 8-9]. Kandungan buku ini: Bab 1 Al Quran dan Tafsir Bab 2 Hadis dan Penjelasan Bab 3 Pandangan Fiqh Bab 4 Pandangan Para Ilmuan Bab 5 Dialog Islam Kristian Tentang Poligami Bab 6 Hikmah Monogami Bab 7 Hikmah Poligami Bab 8 Fitrah Cemburu Bab 9 Kisah Masyarakat Bab 10 Dari Fail Perundangan Bab 11 Jika Anda Memilih Monogami Bab 12 Jika Anda Memilih Poligami Bab 13 Artikel Antarabangsa