Margins
Daerah Zeni book cover
Daerah Zeni
1985
First Published
4.08
Average Rating
182
Number of Pages

DAERAH ZENI ...suatu daerah di mana perjuangan adalah suatu yang mesti kalau mahu terus hidup. Anak Lazri Meon, Zeni, semakin tertarik membaca novel karya Lazri, yang berkisar kepada perjuangan Hamdar menentang penjajah Inggeris. Zeni kagum dengan sikap Hamdar yang senang hidup terpisah daripada masyarakat, menghuni gerabak keretapi dan mengenang kembali perjuangan kawan-kawannya menentang penjajah Inggeris; Zeni merasa ditarik untuk menghayati dunia novel itu. Dia membandingi hidup ayahnya dengan hidup Hamdar. Ada mistri dalam penceritaan, ada persamaan dalam perwatakan. Timbullah semangat untuk meladeni hidup cacat adiknya. Doa rela begitu daripada menyambut kedatangan bekas suaminya yang ingin rujuk semula. Zedi pula yang turut membaca novel ayahnya, tidak menyukai layanan baik yang diberi oleh kakak dan ayahnya. Dia mahu mereka menyelesaikan masalahnya sendiri dan biarkan dia menyelesaikan masalahnya sendiri. Dia cacat, tetapi dalam kecacatan itu dia mahu hidupnya ditentukan oleh dia sendiri bukan simpati keluarganya. Dan novel ayahnya adalah sumber semangat yang tidak dapat dinilai ....

Avg Rating
4.08
Number of Ratings
71
5 STARS
46%
4 STARS
28%
3 STARS
17%
2 STARS
4%
1 STARS
4%
goodreads

Author

A. Samad Said
A. Samad Said
Author · 22 books

Abdul Samad bin Muhammad Said atau lebih dikenali sebagai A. Samad Said ialah Sasterawan Negara 1986. Beliau juga pernah dianugerahkan dengan "Anugerah-anugerah Menulis Asia Tenggara" (SEA Write Awards). Dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka, A. Samad mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946) dan Institusi Victoria, Singapura (1956). Seorang yang berminat dalam penulisan sejak di bangku sekolah, beliau telah menulis banyak karya yang terkenal, termasuknya novel-novel berikut: * Salina * Langit Petang * Sungai Mengalir Lesu * Hujan Pagi * Bulan Tak Bermadu di FatehpurSikri. * Adik Datang * Cinta Fansuri Antara antologi puisinya ialah Suara Dari Dinding Dewan (2003), Dirgahayu Dr. Mahathir dan Rindu Ibu (2004). Antologi Esei terbaru adalah Ilham Di Tepi Tasik (2006). Datuk A.Samad Said pernah juga menggunakan nama pena Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir. (Sumber: Wikipedia)

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved