Margins
Dahsyatnya UPSR book cover 1
Dahsyatnya UPSR book cover 2
Dahsyatnya UPSR
Series · 2 books · 2017

Books in series

Dahsyatnya UPSR book cover
#1

Dahsyatnya UPSR

Cabaran Bermula

2017

Daniel bin Arsyad, suatu ketika dahulu dipanggil dengan nama gelaran Dahsyat. Kini sudah menginjak usia 12 tahun… inilah detiknya dia menduduki UPSR! Awal-awal lagi, Daniel sudah merasai bahang peperiksaan. Cikgu yang mengajar semakin garang, guru besar asyik menyebut tentang peratusan kecemerlangan sekolah yang mesti dikekalkan. Di rumah pula, tekanannya lebih tinggi kalah KLCC. Percutian keluarga dibekukan, malah balik kampung pun tidak dibenarkan. Semua permainan video dirampas dan disimpan. Siaran TV? Say bye-bye! Lebih kronik, pemakanan Daniel dijaga. Hanya menu-menu sihat sahaja yang boleh dinikmatinya. Habbatus sauda, kacang bijak, susu, dan minyak ikan jadi rutin. Buatkan dia rindu kepada kek, ayam goreng, dan aiskrim! Belajar… belajar dan belajar. Pagi, petang, siang, dan malam. Terasa teramat seksa, jiwanya benar-benar menderita! Akibatnya Daniel nekad menggunakan taktik kotor supaya dirinya tidak terus tertekan. Dahsyatnya penangan UPSR… sampai Daniel sanggup melakukan pelbagai perkara yang tidak terjangkau dek akal! Apa kesudahan Daniel? Mampukah jadi pelajar cemerlang? Ataupun tewas dalam ujian getir menghadapi tekanan? Baca sampai habis novel ini, selepas itu cepat-cepat ulang kaji pelajaran ya! Novel-novel dalam Siri Akademik sarat dengan tip-tip berguna untuk membantu pelajar memperoleh kejayaan dalam bidang akademik di sekolah.
Dashyatnya UPSR #2 book cover
#2

Dashyatnya UPSR #2

Pecutan Terakhir

2017

Daniel bin Arsyad atau lebih dikenali sebagai Dahsyat... mengalami kemurungan teruk selepas peperiksaan percubaan UPSR. Makan tiada selera, keluarga jadi kurang mesra, malah ibunya ada sakit rahsia yang membimbangkan semua. Cuba bangkit semula, Daniel merancang pelbagai usaha mempersiapkan diri. Berazam mahu berubah, malah siap buat ikrar lagi!

Authors

Ain Maisarah
Ain Maisarah
Author · 78 books
Graduated with TESL degree from Universiti Darul Iman Malaysia.
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved