
Cady Junior: Saya memulakan cerita saya ini dengan kedatangan Guru Sarif Kader, kerana dia datang bersama anak gadisnya bernama Puteh. Jika dia datang dengan anak terunanya, cerita saya tidak akan bermula atau tidak menarik sama sekali, dan tentu sahaja mudah ditebak kemungkinannya seperti pementasan drama Arthur Llyod di Dewan Glasgow. Puteh telah membuka satu dimensi lain dalam kehidupan saya, seperti penemuan sebuah dataran baharu di benua lain, yang sebelumnya tidak berani diletak bendera oleh para pelayar. Puteh: Aku tidak mahu melukis peta dunia. Ia kedengaran berlebih-lebihan, seperti Sharif Omar yang cuba menjadi salah seorang daripada manusia tamadun putih. Aku hanya mahu melukis sebuah peta tentang bumi yang kupijak ini – peta Borneo Utara! Setelah itu, aku mahu menulis kisah kehidupan di sini, yang berhadapan dengan kuasa aneh yang sedang mengatur kehidupan mereka, kehidupan kami sebenarnya. Ia bermula selepas ladang tembakau dan lombong minyak menjadi “anak” kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara. ________________________________ Novel ini telah memenangi tempat PERTAMA Pertandingan Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (ExxonMobil) 2012 Pertama Dalam Getar Waktu Ruhaini Matdarin Kedua Kotak Ruhaini Matdarin Ketiga Pelangi Jingga Hartini Hamzah
Author
