
Ceritera 1: Damai ~ Saidatul Saffaa “Kamu orang mana?” “Malaysia.” Sekarang ni musim sejuk, tetapi dia rasa... panas. “Panas ke?” ‘Pakcik’ muda ni boleh baca hati orang? Kemudian... Telinga sayup-sayup mendengar. Mata cuba fokus. Baju tu... topi tu... sesusuk tubuh itu. Ya Allah... apa yang terbentang di hadapan matanya ini? Benarkah Tun Fatimah bukannya untuk al-Fatih? Ceritera 2: Yang Jauh di Pulau ~ Noor Suraya “Terima kasih,” kata Piyan. “Bukannya buku ilmiah pun!” Dia merendah diri. Piyan membaca catatan dia... Sophan Sophian, Selamat memasak! ~ Syuhada “Formalnya.” “Itulah yang saya tulis kepada setiap peminat.” Kononnyalah dia pernah ada peminat selama ini. Inilah himpunan rasa sayangnya pada arwah tok dan ‘dia’ – si penjual ikan. Cinta rahsianya! Ceritera 3: Langit... Tetap Biru ~ Syud Kata orang menunggu itu satu penyeksaan. Kata Zahra pula, dia bukan menunggu. Cuma ‘dia’ sentiasa ada di situ, pada ingatannya. Kata orang juga, bagaimana langit itu tetap biru... jika ada awan yang meliputinya? tika remang oren menjengah setiap senja? Entahlah. ... kerana pada Zahra, langit tetap biru!
Authors

Lulusan Diploma Pendidikan (KPLI) daripada Institut Pendidikan Sultan Idris (IPSI) ini, pernah menjadi pendidik selama 13 tahun. Noor Suraya juga seorang Munsyi Dewan yang aktif dalam dunia penerbitan. Kini Noor Suraya mengetuai JS Adiwarna Publications & Distributors Sdn. Bhd. sebagai Pengarah Eksekutif di samping bertindak sebagai Pengarah Urusan untuk Jemari Seni Sdn. Bhd. Justeru, Noor Suraya juga bertanggungjawab memantau hal-hal yang berkaitan dengan editorial, pemasaran dan komunikasi di kedua-dua syarikat penerbitan ini. Noor Suraya memiliki ijazah Sarjana Linguistik daripada Universiti Malaya, dan Sarjana Muda Komunikasi (Komunikasi Massa/Pengurusan) daripada Universiti Sains Malaysia. Noor Suraya pilih membaca apa saja – daripada teks klasik, cerita-cerita panji dan warkah-warkah lama sehinggalah tulisan-tulisan kontemporari serta teks-teks ilmiah. Cerita kanak-kanak dan komik selalu menjadi ‘pembuka selera’ membacanya. Bidang yang menjadi perhatian khususnya Noor Suraya tentulah hal-hal yang berkaitan dengan bahasa dan linguistik, sastera dan budaya, sejarah (dan sirah), biologi, juga fasal sosiologi serta antropologi. ~ Noor Suraya telah menambah perbendaharaan kata baharu pada pembaca muda melalui penulisannya yang cermat ~