Margins
Datang Pada Waktunya book cover
Datang Pada Waktunya
2012
First Published
4.54
Average Rating
476
Number of Pages

Sebuah projek pembinaan jambatan yang sudah 45 tahun terbengkalai, membawa Edri dan kawan baiknya, Adam, ke sebuah kampung di tepi Sungai Pahang. “Encik Edri pernah melihat hantu?” tanya Encik Amin sekali lagi. Edri tergamam. Sudah dua kali juga soalan itu ditanyakan kepada dia. Dia semakin keliru. “Apa kena-mengena kerja saya dengan hantu, Encik Amin? Saya bukan Ghostbusters.” Dalam ketawa yang dibuat-buat, dia cuba berseloroh. “Jawab soalan saya dulu.” Kali ini suara Encik Amin semakin garau dan dalam walau tidak sampai membentak. Dalam perjalanan menuju ke tempat yang dituju, kereta yang dinaiki telah rosak. Edri dan kawan serumahnya, Adam, telah dibantu oleh dua orang gadis kampung yang bernama Saleha dan Murni. Di kampung itu mereka berdua dijaga dan dilayan dengan baik sehinggakan Edri dan Saleha saling jatuh cinta. Namun Hasan, pemuda kampung yang sudah lama mencintai Saleha menjadi penghalang. “Kalau saya tak penggal kepala dia, saya bukan Hasanlah, nek!” jerit Hasan sebelum beredar. Mampukah Edri menyelesaikan misteri pembinaan jambatan itu? Mampukah dia pulang semula ke kota? Siapakah Saleha yang sebenarnya? Dan Saleha, siapakah yang akan menjadi pilihannya selepas Edri meluahkan rasa?

Avg Rating
4.54
Number of Ratings
92
5 STARS
62%
4 STARS
30%
3 STARS
8%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Author

Maria Kajiwa
Author · 13 books
Camellia dan Maria Qay adalah nama pena lain bagi penulis Maria Kajiwa.
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved