
Lapan tahun bercinta. Hasilnya? Bukan terima cincin merisik, tapi hinaan daripada bakal mak mentua. “You salah sebab tak berani,” kata Nuri pada sang kekasih. Dan sejak hari itu, Nuri Asyikin, 28 tahun berhenti jadi perempuan yang menunggu. “Kalau lelaki tu serius, dia tak akan buat kau tunggu.” *** Jazmi Elhasiq, 37 tahun. Low profile. Dia bina empayar automotif dari bengkel kecil. Bakal mentua pernah gelar dia mat rempit tak ada masa depan. Sekarang orang panggil dia jutawan. Dia cuma nak satu benda: projek rumah dan one stop center dia siap tepat masa. Apa yang dia tak jangka? Arkitek yang ambil alih projek rumahnya, baru putus cinta tapi datang site macam tak ada apa-apa yang runtuh dalam hidup dia. “I tak nak lelaki yang sanggup lawan mak dia demi I.” Ayat itu dia dengar, dan tak boleh lupa. *** Nuri tak mahu lelaki pengecut. Jazmi pula bukan lelaki yang suka kejar perempuan. Tapi bila seorang perempuan berani lepaskan cinta lapan tahun kerana maruah, bertembung seorang lelaki pernah dihina kerana impian, batas profesional mula jadi kabur. rasa hormat bertukar jadi perhatian, dan perhatian jadi keinginan. Ini bukan kisah cinta budak-budak. Ini kisah dua orang dewasa yang sama-sama tahu harga diri. Kadang-kadang, kita tak perlu date lama-lama untuk cari keserasian. Bila kita sudah cukup dewasa, kita tak cari pasangan untuk seronok. Kita cari pasangan untuk tua bersama selamanya. DATE TO MARRY. Bermula dengan janji temu. Berakhir dengan janji seumur hidup.