
1️. FOOD DELIVERY " Tak apa, kalau tak nak keluar, biar aku masuk" Sedetik kemudia dengar bunyi gerisik di tingkap. Perlahan-lahan langsir diselak oleh jari jemari runcing, menampakkan wajah di celahannya, sama seperti di rumah di Taman Berlian. 2. TUJUH "Alaaa Mama. mama tidurlah sini. Janganlah balik!" Siapa ada dalam bilik tu? Pintu bilik dibuka segera. Terlihat Natalia sedang berbaring di katil. Tidur. Langsir tingkap berkibar-kibar dek hembusan angin yang masuk melalaui tingkap yang terbuka. 3. SANTAU "Kejap lagi kamu akan ingat," balas Embah. Tatkala itu aku rasakan badanku terasa sakit menyucuk di sendiku. Aku juga mula berasa pening dan mual. Tekakku semakin loya. Aku cuba tahan agar tidak muntah. Allah! Dia ke? 4. WAD BERSALIN "Senyap. Jangan bising. Ikut sahaja aku dari belakang." Sekarang, cuba kau orang toleh pintu di sebelah kanan lepas dari bilik mayat ni. Nampak tak pintu yang sedang dipalang ini? Kata Kak Jah untuk direnovasi tetapi aku tak tahu apa fungsi bilik ini. 5. RISIK "Ya. Sabar. Aku tengah cari henfon aku dalam beg ni." Zack dan Johan sedang kekalutan. Setiap malam mereka diganggu dengan kehadiran seorang wanita berbaju putih yang berlumuran darah. Hal ini tidak diceritakan kepada aku semalam. 6. ORANG MINYAK Kecoh! Memang kecoh! Taman Rashidah Utama yang selama ini aman tenteram, tiba-tiba kecoh apabila banyak rumah dimasuki oleh orang minyak. Beberapa orang penduduk nampak dengan mata sendiri.
